KALENDER

Wednesday, December 31, 2008

bila salam tak bersahut

bkn minta harta,
bkn minta nama,
hanya gua hulurkan salam
untuk lu sbg doa
moga-moga la lu doakan balik gua
ni tak berlaku,
gua doakan lu,
lu tak balas pun...
opss,nampak sgt salam dan doa gua tak ikhlas
sori,
bkn gua mintak dibalas salam dan doa gua
tapi gua mengharapkan ada la insan yg sudi
mengharapkan kesejahteraan gua..

Tuesday, December 30, 2008

gian nk main...futsal

"Mel,si fulan ajak main futsal mlm esk.." bgtau rumah mate aku smlm...huhu.Tak pyh la aku detailkan sapa si fulan.Bkn dia yg aku nk cerita,tp futsal yg sedang menjadi kegilaan muda dan mudi (moody) sekarang ini..hoho..Bleh jd gian beb.Lama dh x main (yeke?)..Penangan futsal ni dasat,sampai ada yg tipu awek2 dan bini2 (yg dh kawen le) memasing pasal nk main futsal ni..Abg kene keje la mlm ni,abg ada discussion la (discussion apa mlm2 buta) takpun alasan lapuk,abg dh nk tdo..hoho..Alasan2 di bagi apabila awek atau bini ajak kuar dan sbgnya...Kalo ckp futsal,alamatnya tdo kt gelanggang futsal la jwbnya...huhu

Friday, December 26, 2008

Tahun baru countdown..

Lupakan sekejap pasal keje.Alihkan sekejap pasal dunia.Jom kita kira brapa hari lagi untuk kita sambut tahun baru?Opps..Bkn thn baru masihi (new year 2009)tp tahun baru Islam (hijri).Mintak2 la ramai yg ingat.Cuti2 jugak,makna Ma'al Hijrah xleh lupa.Ikut suka hati la nk mendefinisikan hijrah tu mcm mana,coz masing2 ada kamus sendiri.Tak perlu la aku bgtau apa maksud hijrah bg aku.Sbbnya,aku pon taktau maknanya sbnrnya,klu asik takde perubahan..

kosong jer..

Hohoho (bkn bunyi lelaki buncit berbaju merah)..aku baru sahaja menjelejah ke blog2 member2,kwn2 dan sesiapa shj yg aku mampu jelajah.Mcm2 entry yg ada.Dan seperti lazimnya,blog member2 aku baca memainkan kata2,bait2 dan cerita2 yg pelbagai,dan kdg2 aku pun tak phm.Mcm mana nk phm,pasal aku bkn la pengikut setia blog mereka.Hanya sekali sekala menjengah,mengetahui apa isi cerita mereka dan dunia mereka.

Dan jelas sekali,aku bkn la org seperti mereka,bijak dan pandai menggunakan kata2 dan mengindahkan bahasa (ada bunga2 gak tu).Mungkin sebab aku org yg straight forward,don’t belok2…well,satu pendekatan yg menarik bilamana pandai menggunakan bahasa menarik pembaca.Tahniah kpd kwn2ku ini.Selepas ini boleh la dibukukan apa yg dh korg tulis.

Aku takde ape2 yg menarik untuk dikongsikan.Mungkin sebab hujung tahun,tak byk cerita yg ada.Mood keje pon kurang.Apa lagi nk dikata?Jumpa lagi di lain entry.

Tuesday, December 23, 2008

antara Al-Quran dan kereta sport



Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan
sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu
hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya
tersenyum... si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu
cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..

Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya.
.telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan...
satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji
anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn
kejayaan si anak yang cukup cemerlang... si anak tersenyum puas...di ruang
matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi
idamannya itu...

Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak
yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima... sungguh.. .bukan itu
yg kuhajatkan.. .
dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada
riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak
dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya... .

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak
itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil;
comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka
hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan.
..amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak.. . ayah sengaja
mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta
tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya. .. sudah ayah...bukan
al-Quran ni yang saya nak...katanya.
keras...al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...si anak terus
meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah
bersuara...pakaiann ya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan
banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg
dimilikinya. ...

10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai
syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup
membahagiakan. ..namun hatinya tersentuh... Sudah 10 tahun..sejak peristiwa
itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2
sendiri...telefonny a berdering... dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal
dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak
diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta...

Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke
banglo ayahnya...memerhati kan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm
hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati diatas meja di
bilik bacaannya... Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di
situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama
ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran
itu..membelek2- nya dengan penuh keharuan...tiba- tiba...jatuh sesuatu dari
Al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang Al-quran itu...sebuah
sampul surat ternyata diselotepkan disitu...

Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya. ..nyata sekali...di
dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...
dibeli pada hari konvokesyennya. .. Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh
si ayah...sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama
ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku. ...air mata si anak
menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang..
.

Namun semuanya sudah terlambat... Sekadar renungan bersama: berapa banyak
kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak
"dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati??

Buat renungan kiter bersamer...

berikan aku mancis..

Berikan aku mancis:

~ utk aku nyalakan sebatang rokok
~ utk aku nyalakan sebatang lilin
~ utk aku nyalakan ubat nyamuk

ye,aku btl2 perlukan mancis,sbb gas lighter aku dh abes..
dan mancis lebih murah dari lighter..
dan mintak dari org lebih jimat dari aku beli sendiri..
apa la sgt nilai sebtg mancis bg semua org??
kerana fungsinya sama jugak dengan lighter..

kuala terengganu

Monday, December 22, 2008

sudah 4 minggu...berturut-turut

Smlm hari last gua kene blk kg..hoho..4 minggu berturut2 gua kene blk kg..minggu pertama,abg aku kawen (30/11/2008),pastu minggu berikutnya (6/12/2008)blk raya aji.(13/12/2008) pulak abg aku yg sorg lagi lak nikah..and last week (20/12/2008)kenduri plak kt umah aku..giler babas..terbabas aku..huhu..

Wednesday, December 17, 2008

analisis prk kuala terengganu

Dr Syed Azman lwn Wan Farid di KT?
Muda Mohd Noor | Dec 16, 08 3:38pm

Barisan Nasional (BN) dan PAS sehingga ini kelihatan sukar untuk menentukan calon walaupun masing-masing yakin mampu menang kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil 17 Januari ini.

Sehingga ini, ketua bahagian Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh disebut-sebut akan dipilih menjadi calon BN.

Namun begitu, ada pihak termasuk dari kalangan Umno sendiri, yang meramalkan peluangnya untuk mengekalkan kerusi tersebut masih 50-50.

Ini kerana Kuala Terengganu bukanlah kawasan selamat BN kerana tiga daripada empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi oleh PAS dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Tiga DUN yang dimenangi PAS itu ialah Ladang, Batu Burok dan Wakaf Mempelam. Cuma kerusi DUN Bandar dimenangi BN melalui MCA.

Sejak pilihanraya umum 1986, Parlimen Kuala Terengganu dimenangi silih berganti oleh BN dan pembangkang, menandakan ia bukan milik kekal satu parti sahaja.

Pada tahun berkenaan, kerusi tersebut dimenangi calon BN Datuk Zuber Embong.

Bagaimanapun beliau tewas kepada calon Parti Semangat 46, Datuk Manan Othman pada 1990.

Manakala dalam pilihanraya umum 1995 pula, ia dirampas semula BN melalui calonnya Datuk Abu Bakar Daud.

Bagaimanapun, ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PAS, Syed Azman Ahmad Nawasi merampas kerusi tersebut pada 1999 sebelum dimenangi Razali dua kali berturut-turut pada 2004 dan 2008.

Itu pun, dalam pilihanraya umum Mac lalu, calon BN, Datuk Razali Ismail mengekalkan kerusi tersebut cuma dengan majoriti 628 undi.

Pemilihan calon

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong ekoran kematian mengejut Razali baru-baru ini. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetap tarikh penamaan calon pada 6 Januari dan pengundian pada 17 Januari depan.

Nama-nama lain yang turut disebut mungkin dipilih sebagai calon BN ialah ketua Pemuda negeri yang juga timbalan ketua bahagian, Mohd Sabri Alwi; ketua penerangan negeri Datuk Zuber Embong; bendahari negeri, Senator Datuk Roslan Awang Chik dan bekas ketua penerangan bahagian, Mohd Zuber Embong.

Bagi PAS pula, berdasarkan sejarah pilihanraya bagi kerusi berkenaan, jika parti itu meletakkan semula Syed Azman bertanding 17 Januari depan, beliau juga diramalkan berdepan dengan laluan sukar.

Selain Syed Azman, nama-nama lain yang disebut-sebut ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali; Timbalan Pesuruhjaya, Datuk Wan Mutalib Embong; Naib Presiden Mohamad Sabu dan muka baru, Mohd Khazani Abdullah, seorang ahli perniagaan.

Walaupun berkeyakinan menang, PAS juga dilaporkan sukar mencapai kata sepakat dalam memilih calonnya, antara muka baru dan tokoh veteran.

Selain itu, agak memeranjatkan juga minat yang ditunjukkan oleh calon bebas kali ini yang dijangka lebih ramai daripada pilihanraya 8 Mac lalu.

Dalam pilihanraya umum lalu, hanya Maimun Yusuf dan beliau telah pun menyatakan minatnya untuk bertanding lagi dalam pilihanraya kecil 17 Januari depan.

Tetapi kali ini, dua orang lagi lagi - Mohd Azlan Ismail, seorang usahawan tempatan dan Isma Airfath Hassanuddin dari Rantau Panjang, Kelantan - telah mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding.

Malah presiden parti serpihan PAS, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Hamat, berkata partinya juga akan meletakkan calon bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu itu.

Isu pilihanraya kecil

Mengenai isu-isunya pula, BN dijangka menggunakan isu pembangunan berterusan kerajaan negeri, selain untuk meneruskan program yang dicetuskan oleh Razali di kawasan Parlimen tersebut.

Manakala PAS pula dijangka membangkitkan isu 'Terengganu kaya tetapi rakyatnya miskin'. Ini termasuk pembaziran projek pembangunan taman tamadun Islam, masjid kristal dan piala monsun akan dibangkitkan dalam kempen mereka.

Di samping itu, pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu ini juga merupakan ujian kepada bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menjadi pengarah pilihanraya BN dalam pilihanraya kecil tersebut..

BN khususnya Najib tentunya ingin menebus semula kekalahan besar di Parlimen Permatang Pauh kepada pemimpin utama PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun, Kuala Terengganu tidak sama dengan Permatang Pauh. Kuala Terengganu merupakan kawasan yang terbuka dengan kedua-dua pihak tidak boleh mendabik dada.

Selain faktor calon, isu-isu semasa juga boleh menjadi penentu kepada kemenangan calon.

Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos.

Tuesday, December 16, 2008

aku dan ujung tahun

tahun masihi bakal melabuh tirainya dlm beberapa minggu.mcm biasa la kat negara kita ni ujung tahun byk cuti.so,mood keje pun agak berkurangan.asik teringat cuti jer.aku tak cuti,tp agak malas utk bekeje.tp nk buat mcm mana kan,kene carik duit.klu x sapa la nk suapkan nasik kt mulut aku?!!thn hijrah pun dh tak lama nk berlabuh,masuk lembaran baru.org kata bukak buku baru,aku kata pon sama.tp mcm biasa la,org jer yg lama.hehe.

tp untung la kita,masih lg hidup kat dunia ni.pada yg dh tinggalkan kita,moga roh mereka semua dlm golongan2 org yg beriman.

well,ujung thn,thn depan makin meningkat usia.selalu gak terfikir time2 g keje pg2 tu,apa hala tuju hidup aku?skang keje,then apa?kawen..ada anak..ada cucu..pastu??pengakhiran sebuah kehidupan..pastu?huhu..meremang bulu roma kdg2 bile pk2 blk.mmg best hidup kt dunia,tp...kehidupan satu lg mcm mana?jarang skali kita ambik port..

hidup pasti akan berakhir..

Friday, December 12, 2008

aku dan bolasepak malaysia

Catatan aku arini dh ramai boleh teka..lalala..tak saspen dh,dh basi dh pon.Iye la,sapa taktau mmg bkn dok malaysia.kekalahan di Piala AFF@Piala Suzuki beberapa hari yg lalu.hoho..rentetan kekalahan demi kekalahan skuad bolasepak malaysia terus menghantui kita.aku rindukan zaman aku kecik2 dulu,mcm mana meriahnya bolasepak kita.setakat peringkat asia tenggera tu,lek je beb..hehe..skang lek gak,tp no 5 la..blkg Thai,Indon,vietnam dan singapore.Bkn xleh lwn,boleh,tp ntah apa masalahnya,aku pun x pasti..well,bola tetap bola..kalah menang adat pertandingan.hmmm..papahal pon,gua masih lagi di blkg bolasepak malaysia..biar la klu main tahap bdk sekolah,sbb anta bdk sekolah pon lg teruk kene belasah.hahaha..adios amigos.

Wednesday, December 3, 2008

Chua Sooi Lek & Ketuanan Melayu

This is totally my personal opinion.For the sake of Malay peoples as well as Malaysian wholely.Gua baru pas baca Berita Harian/Hairan online.Gabungan Graduan Melayu Malaysia (GGMM),satu bdn NGO gua rasa buat laporan polis pasal kes yg gua kategorikan 'kononnya' Chua Soi Lek (CSL) mempertikaikan ketuanan Melayu di negara kita ini.Gua letak kononnya coz mlm smlm dia ckp org lain memutarbelitkan ucapan beliau.So,be fair,kita jgn la judge dulu whatever it is.Sbb gua dan wakil GGMM (100% yakin)xder pun dalam majlis tu.So be fair la.Well,GGMM nk take action against CSL sbb tak mintak maaf pasal hal tu dan nk saman org tu RM2juta.Err,what ground gua x tau,pasal blm jd lagi..Menarik minat gua nk tulis pasal benda ni.Buat gua fikir plak,dh xder keje kot diorg ni.GGMM pon gua x pnh dgr..hehe..Nk saman org tua tu kenapa?Pasal dia kuar statement tu,kita pun xtau lagi btl ke tidak.Mmg la langgar perlembagaan,tp lek ar dulu..Kecoh nk jd hero org melayu..Be a front man..cuba la concern bab lain yg lebih dahsyat lagi dari hal tu.Seorg CSL punya statement yg kita pon xtau hitam putih takkan berkudis.Yela,may be boleh timbulkan rusuhan kaum,but again still kita tak tahu betul atau salah.Byk lagi spt gua ckp td hal yg kita kene ambik port,lebih2 lagi hal org Melayu dan Islam.Gua malas nk bebel,penat je..huhu..Adios amigos.

my game is futsal


(gambar masa muda-muda dulu)







Malam tadi (2/12/2008)tepat pukul 10 mlm gua dan rakan2 memulakan aktiviti riadah yg biasa kitorg buat,bermain futsal.Pada sapa yg xtau futsal,gi wat research sendiri game apa tu.Kali ni,kitorg main ngan ex-iiu (sama batch,lain course)yg dh lama giler tak jumpe,padahal same3 dok kat KL.Tau apa 1st komen sorg mamat tu pada aku bila jumpa,"gemuknya hang.."peh,baru sethn lebih grad,dh kata aku gemuk.aku akui agak berisi pas abes blaja,tp xla gemuk sgt (cover beb!)..pastu kitorg pun main la utk sejam.Pancit siot..giler2 punya x cukup stamina.bkn apa,penat ye jugak,siang keje,mlm main lak tu.esknya keje blk..tak ke naya fizikal aku.tp gian punya pasal,lantak la..hoho..serius gune penat nk mampus mlm smlm..last2 gua jaga tiang gol jer..moral criter gua,jaga la bdn anda,fizikal anda dan stamina ada..agak2 nk berterusan main futsal,kurg2kan la berat bdn anda supaya pantas berlari dan mampus bermain selama sejam atau lebih.kalau tak wat rugi bayar je kalau x dpt kepuasan tahap maxima..adios amigos..

Tuesday, December 2, 2008

hujan@rain

perkataan mudah,impaknya besar
bila lebat semua mengeluh
yg sedap hanya sedang2 saja
renyai2 atau gerimis
kalau time malam/bedtime semua happy
tp kalau pagi2/petang semua susah hati
o hujan,mengalirlah airmataku
menitis pilu...
nk buat macam mana
ada org kata hukum Tuhan
aku kata bkn hukum tp kejadian Tuhan
nk hidup ada la masam manis
pahit maung
baru la ada thrill
something yg kita tak suka boleh jadi suka
ada juga yg jd duka
well,kita fikirlah sama2...

bulan 'senyum'


1 Disember:-Kira-kira jam 7.50 mlm aku keluar dari rumah sewa aku di Tmn Setapak Indah dgn member aku,Razif(Razip).Aku ngan Razip nk pergi ke Carrefour Wangsa Maju utk membeli sesuatu.Sblm masuk ke kereta,aku bagitau Razip,"Zip,ko nk tgk org tgh senyum?tgk bulan tu.."aku peratikan bulan dan bintang berkedudukan mcm org tgh senyum.."Tapi mcm org takde hidung,"terus aku masuk dlam kereta dan terus memandu tanpa memikirkan lebih lanjut ttg kejadian tu.Well,benda2 mcm tu biasanya mmg aku tak ambik port.Balik dari carrefour,singgah dulu restoren cengkih,dekat ngan umah aku.Faizal Asri (Peja) dan Azman (Man) dua2 member aku jugak tgh minum2 kat situ.Pastu bermulalah cerita si peja ttg kejadian bulan mlm ni.Dia kata siap msk berita.Bulan dipagari bintang.Kejadian yg aku tgk sblm tu.Man kata"P Ramlee dh tau benda2 ni sblm buat lagu".Pastu bermula la sesi santai borak2 kitorg berkisar topik tu dan lain2 hal..hmm..apa yg aku nk samapaikan di sini,ciptaan Tuhan mmg unik.Setiap apa yg berlaku mmg ada hikmahnya.Gmbar tu aku petik dari paper..tajuk pun bulan senyum..subhanallah..kdg2 kita lupa nk ucapkan sesuatu ttg kebesaran ciptaan Allah..Tp kalo ciptaan makhluk Allah (Perempuan la),kita yg laki2 ni begitu asyik memuji..hmmmm..pujian yg merosakkan iman kita..

Wednesday, November 26, 2008

Gila lama to update!!

Jumpa lagi.Dah lama gua tak masuk entri..slow sket la skang gua online.Mana ada masa.Tipu btl statement tu,masa ada,cuma ruang takder.Well,start new life I need lil bit space.Hoho..Cass..Itu la gua,hari2 ngadap file menimbun...

KL skang tgh ujan..HUJAN..Bila aku sudah tiada,simpan semua laguku...

Apa gua ngarut ni..k la,chow lu...

Sunday, October 26, 2008

Malaysia Tewas..


Ntah apalah coverage paper2 esok for our national team..Seperti rakyat-rakyat Malaysia yg lain, gua pun turut kecewa..Nk buat mcm mana kan,tak bleh la dua-dua team menang.Tp kalah mcm ni,kira upset sgt2.Sbb dari peringkat awal kump pestabola merdeka 2008, Malaysia menang besar..So,harapan tinggi la pada diorg..alih2 mlm ni kalah ngan team under 23 Vietnam..team tu plak main negative..taktau nk ckp mnmmana...Well, as Malaysian gua tetap support team Malaysia, man la mcm mana hampeh skali pon..asik sokong epl je..takder maknanya..Gua kan rakyat Malaysia..hehehe..Gu luck for Piala Suzuki ujung thn ni..

Sunday, October 19, 2008

jam 2.47 pagi

Main futsal sudah...
Arsenal menang pun sudah..
Aduhai,apa lagi yg belum...
Pendek je kali ni,sudah....

Friday, October 17, 2008

"Only God Knows Why"

I've been sittin here
Tryin to find myself
I get behind myself
I need to rewind myself
Lookin for the payback
Listen for the playback
They say that every man bleeds just like me
And I feel like number one
Yet I'm last in line
I watch my youngest son
And it helps to pass the time
I take too many pills it helps to ease the pain
I made a couple of dollar bills, but still I feel the same
Everybody knows my name
They say it way out loud
A lot of folks fuck with me
It's hard to hang out in crowds
I guess that's the price you pay
To be some big shot like I am
Out strecthed hands and one night stands
Still I can't find love

And when your walls come tumbling down
I will always be around

Yeah
As it...hey

And when your walls come tumbling down
I will always be around

People don't know about the things I say and do
They don't understand about the shit that I've been through
It's been so long since I've been home
I've been gone, I've been gone for way too long
Maybe I forgot all things I miss
Oh somehow I know there's more to life than this
I said it too many times
And I still stand firm
You get what you put in
And people get what they deserve
Still I ain't seen mine
No I ain't seen mine
I've been giving just ain't been gettin
I've been walking that there line
So I think I'll keep a walking
With my head held high
I'll keep moving on and only God knows why

Only God
Only God
Only God knows why, why, why, why
Only God...knows...why, why, why
Only God knows why
Take me to the river edge
Take me to the river, hey hey hey

Nothing else matters



so close no matter how far
couldn’t be much more from the heart
forever trusting who we are
and nothing else matters

never opened myself this way
life is ours, we live it our way
all these words I don’t just say
and nothing else matters

trust I seek and I find in you
everyday for us something new
open mind for a different view
and nothing else matters

never cared for what they do
never cared for what they know
but I know

so close no matter how far
couldn’t be much more from the heart
forever trusting who we are
and nothing else matters

never cared for what they do
never cared for what they know
but I know

never opened myself this way
life is ours, we live it our way
all these words I don’t just say
and nothing else matters

trust I seek and I find in you
everyday for us something new
open mind for a different view
and nothing else matters

never cared for what they say
never cared for games they play
never cared for what they do
never cared for what they know
and I know

so close no matter how far
couldn’t be much more from the heart
forever trusting who we are
and nothing else matters

Wednesday, October 8, 2008

Raya ke 8



SELAMAT HARI RAYA...DAH RAYA KE-8 GUA BARU MUNCUL..AGAK LAMA MENGHILANG,SEPI DI ALAM BLOG..mcm2 perkembangan menarik dh berlaku..member blog merangkap member sekolah dh berani letak gmbr awek,dh declare la tu kot..haha..Ell..dh kompom ke??bgs la..slmt menjaga anak org..papahal,gua nk ucap selamat hari raya,maaf zahir dan batin pada kawan2 ketat gua,tak kira lu org ada kat mana2 atas muka bumi ini..andai ada salah silap mintak ampun dan maaf..peace..adios..

Friday, September 5, 2008

5.9.2008

Gua kat opis ni.Ni last day gua kat sini.Pasni gua boleh jadi advocates & solicitors.Kononnya la.Ntah dapat ke tidak aku nk practise.Mintak2 la murah rezeki aku,senang nk dpt keje.Gua hepi,tp ada rasa tak sedap.Yela,pasni gua jd penganggur semula sampai la ada opis yg offer aku keje.Dah pagi td gua buat haru pada seorang dari bos opis gua.harhar..jgn marah ye,pasni gua takde dh kat sini, bos.Arini jugak ari kelima berpuasa.Setakat ni ok lagi gua puasa.Well,gua nk jumpe bos jap,nk bgtau yg arini gua punya last day.adios..wish me the bomb!!

Monday, September 1, 2008

Ramadhan..


Ramadhan dah sampai.Suka tak?haha..Kecik2 dulu confirm tak suka.Tapi nk buat mcm mana, puasa la jugak (err,half day)..tapi bila raya dia la paling seronok..budak2 la katakan..well, gua nk ucap selamat berpuasa, semoga tahun ni lebih baik dari tahun lepas..ahlan wa sahlan ya ramadhan!

Wednesday, August 27, 2008

P44-Permatang Pauh-sehari selepas menang..

Gua kat KL,mendengar berita P44,Permatang Pauh dari jauh.Apa sumber yg ada,gua layan je.Seperti post sblm ni,sumber gua,Harakahdaily,Malaysiakini,Tukartiub.blogspot.com,Berita Hairan on line (sket2 je).Well,hasil penantian gua smlm,puas hati.Memang puas.DSAI menang besar dgn majoriti lebih dprd 15000 undi.Lebih drpd undi DS Dr.Wan Azizah.Gua tak ulas pun lu org dh tau,even tak kuar sgt dlm berita.Isu liwat dan lain2 isu tiba2 jd senyap dan sunyi.Takpe la,depa nk berkabung.Yang bestnya, ada gak bunyi2 menteri bagi komen.."takpe la,bkn tambah kerusi kat parlimen pun,just ganti tempah Wan Azizah je"..gua tak pasti la menteri mana yg komen.Gua pun tak ingat,may be mimpi kot.Haha..Dah,skrg tak boleh mimpi2 lagi.Dh kena bangun,kena tunaikan segala janji2 yg ada.Rakyat bkn mintak MP ni bagi duit,bagi kesenangan,tak dapat la bro.Kesenangan kena la usaha sendiri.Rakyat nk jadi pemimpin yg tau urus tadbir negara,urus tadbir rakyat,kurangkan bebankan rakyat.Bkn MP yg nk penuhkan poket sendiri.Lala..Gua ceramah mcm org politik.hoho.Well,we need to change ourselves,reform our attitude and then we can reform our society,to be more responsible.Yeah!!!Hari ni gua suka hati...adios amigos..

Tuesday, August 26, 2008




suasana dlm dewan IPTB sebelum kertas undi di kira..mcm2 hal berlaku arini di P44..well,semua dh agak mcm2 akan berlaku..

pengundi antu

"Bas bawa penyokong BN dari Melaka
BUKIT MERTAJAM: Sebuah daripada tiga bas yang ditahan dan didakwa penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) kononnya membawa pengundi hantu sebenarnya memuatkan penyokong Barisan Nasional (BN) dari Melaka.

Pegawai Perhubungan Media Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Superintendan Shaharon Anuar Abdul Latif, berkata semua penumpang bas itu buan pengundi di pilihan raya Permatang Pauh.

Difahamkan,dua lagi bas berkenaan tidak membawa penumpang."

Ni gua petik dr berita harian online,story terkini pasal p44..apa punya alasan la bwk penyokong umno dr melaka,sampai satu bas plak tu..2 bas lg kosong,tak bawak penumpang.Logik ke?hai,ntah la..sengal gak diorg ni.

P44-Permatang Pauh

Nun jauh di Permatang Pauh (P44),sedang rancak by-election to select new MP after Datin Seri Dr. Wan Azizah resigned as MP.Gua ckp jauh pasal gua skrg berada di KL.Dan hari ini,gua sentiasa mengupdatekan diri dgn situasi kat sana.Sumber gua adalah drp Malaysiakini.com,Harakahdaily.net,tukartiub.blogspot.com(Hishamudin Rais) dan beberapa blog yg ada.Well, setakat ni gua baca hangat jugak kat sana.But,drpd pembacaan gua,DSAI boleh menang.BN awal2 lagi dah serender,juz to compete la kan.Klu kalah tak bertanding tak gentleman la org kata.Gua pun excited nk tau perkembangan kat sana.Member gua (Ell) ada kat sana,malas nk kacau dia bertugas.So gua baca je la dari website2 @ blog2 yg ada.Well, kita dh bersedia menghadapi NEW MALAYSIA ERA????

Thursday, August 21, 2008

jam 9.20 pagi

Hari2 org tgk jam.Kalau bangun pagi, tgk jam pukul brape,nk bajet pegi keje pukul braper.Bdk2 tgk jam pagi2 nk ready tgk criter kartun apa (time school holiday la).Yang keje, bile masuk opis, jam masih lagi diusha2,nk jumpe client, temujanji dan mcm2.Pastu dh tghari sket, tgk jam lagi nk keluar lunch.Penting sgt ke jam??Tak, jam tu tak penting (kecuali yg mahal2 tu penting la gak).Yg important adalah masa.Masa itu emas,kaya raya woo org yg jaga masa.Pentingnya masa tu sampaikan ada surah dalam Al Quran bercerita ttg masa..Surah al-'Asr

.."DEMI MASA,SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BERADA DALAM KERUGIAN,KECUALI MEREKA2 YG BERIMAN DAN YG BERAMAL SOLEH DAN BERPESAN2 DGN KEBENARAN DAN BERPESAN2 DGN KESABARAN"..

So,gua nk menyeru sekalian org ramai menghargai masa dan menghormati masa.Ini adalah tazkirah hari Khamis ttg masa.trima kaseh.

Friday, August 15, 2008

Alahai..dh dekat dh..

Gawat ni beb.By-election dh dekat, P44, Permatang Pauh.As usual, pantang ada isu sket, abes bising satu M'sia.Sapa lagi kalau tak media-media arus perdana yang ada ni.Well, korang tentu sedia maklum.Keadaan dah dekat ni macam2 la akan kuar.Nk gua perincikan satu2?Semua tak bleh la, yg mana gua sempat dengar dan tengok jela.Pertama isu UITM.Baru sat tadi baca berita hairan@harian online.Bdk2 UITM Permatang Pauh pulak dah buat perhimpunan (bkn demo ke?)membantah kenyataan MB Selangor.Aritu bdk2 UITM Shah Alam.Ntah brapa ribu, aku pun tak tahu. tp headline berita harian ni td kata 5000.Fuh, ramai tu..yeke sampai 5000?Ramai ke yg concern isu ni sampai kuar ramai mcm tu skali?gua pun student gak dulu, tp bkn uitm la.Hmmm,taktau la plak bdk2@student2 Melayu sekarang dh mengambil berat pasal isu kuota bumiputera ni.Gua bkn nk blame diorg, lantak la diorg klu ada sensitivi pd kaum Melayu (please la remember, jgn pasal Melayu je nk pegi membantah, pasal umat Islam ambil berat la sama), bgs la ada sifat macam tu.Jgn pulak hal Melayu je, fuh, bkn main lagi, tp bila bab2 Islam, pandang sebelah mata pun tak.Kena la ambik port sama.Org ajak pegi sembahyang, buat ibadah, pegi la.Dgr ceramah agama ke, apa ke, join sama.Pegi "perhimpunan (bkn demo)" boleh, jalan sejauh 2km boleh, imarah masjid pun boleh kot..??Well, keep on defend our own interest, but be honest.Jgn org sponsor minyak mkn br nk pegi..haha..Bkn apa, gua pun student kan, jd tahu la benda2 berlaku.Duit kureng, so ada org bagi, ambik jela..then join je apa yg "diorg" buat.Tu satu isu..

Another isu, sekarang ni berlangsung Muktamar PAS Kebangsaan kat Ipoh.Well, ntah betul ke tidak apa yg aku baca dalam berita harian pasal perjalanan muktamar tu.Well, aku tak sempat nk perincikan lagi.nk pi solat jumaat.Selamat mengundi pada rakyat Permatang Pauh.Berpegang teguh pada apa yg anda rasa benar!!

Thursday, August 7, 2008

Pagi..7/8/2008


(Polis menyerahkan subpeona pada DSAI semalam)

Khamis, 7 Ogos: Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini dipenuhi orang ramai yang mahu menyaksikan satu lagi kes berprofil tinggi di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didakwa di Mahkamah atas tuduhan meliwat. Seawal pagi, Kompleks Mahkamah telah dipenuhi oleh orang ramai, anggota polis dan juga FRU bagi mengelakkan dari sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Seorang peguam melaporkan bahawa pada hari ini semua yang hadir di Mahkamah perlu melaporkan diri di pos pengawal keselamatan, termasuklah para peguam, di mana hal ini tidak pernah berlaku. Mahkamah juga tempat awam, kot..hahaha..well, kita tunggu dan lihat apa yang berlaku

Wednesday, August 6, 2008

Permatang Pauh


Lokasi : PERMATANG PAUH
TARIKH : 26hb OGOS 2008
HARI : SELASA

Dah mai dah.Dia dah mai.Abes la pasni demam ngan election.bkn calang-calang beb kali ni, walaupun hanya pilihanraya kecil.Besar impaknya.Sebab apa?Mesti lu orang tau.Kat sini la menentukan hala tuju dan nasib kareer politik DSAI.Kat sini juga la tempat seluruh jentera parti-parti politik yg terlibat bakal berkumpul.For sure, byk la janji-janji akan ditabur.Byk la kes-kes akan timbul.Byk la ckp2 belakang yg bakal kita dgr.brape punya byk daa..Well, seluruh M'sia akan tertumpu di sini.Sapa lawan Anwar?BN blm confirmkan calon.BN awal2 lagi dh ramalkan kekalahan.Tempat yang sukar ditembusi.Kerusi yang pernah DSAI duduki sebelum kene tendang pada thn 1998.

Tapi, kenapa mesti 26hb?Kwn2 aku yg aktif berpolitik dan berdemo menjangkakan 24hb, iaitu Ahad.akhirnya tarikh SPR keluarkan 26hb, iaitu Selasa. Ada la kot alasan diorang.Taktik jugak la kot.Hari orang bekerja.Pengundi Permatang Pauh yg duduk jauh mesti la agak susah nk dapatkan cuti. Tapi gua rasa small matter jela..well, let's take part through this election.Mesti bestnya la..kompem..adios!!

Friday, August 1, 2008

kisah politik..lagi??!


Keadaan politik negara bercelaru.Semua orang tahu.Siapa-siapa kat Malaysia yg tak tahu, gua tak tahu la nak cakap apa.Well, it's true.Whether it become better or worst, I don't la. But, as Malaysian, hopefully it can be better. Who knows?Janji Tuhan, setiap apa yang berlaku, ada hikmah.May be kita tengok tunggang langgang, Tuhan nak bagi peringatan dan ujian.Jom la sama-sama ambil iktibar dan pengajaran.Kita sebagai orang bawah, perlu pandai menilai.Mana yang baik, mana yang buruk.Kalau sokong yang batil, alamatnya lingkuplah kita, kalau tak dunia ni, kat akhirat confirm.Dah tentu sebagai Muslim & Mukmin, kita perlu sokongan pada kebenaran.Tapi masalahnya, kebenaran tu hanya Tuhan saja yang tahu. Well, kita pun boleh dapat agak siapa betul siapa yang salah.mungkin semua pun salah.so, solution?kita ambil pendirian closer to the truth.Allah s.w.t suruh kita kembali pada Al-Quran dan As-Sunnah apabial berlaku keributan dan perpecahan.Gua tak sokong pada mereka-mereka yang berpendirian "lantaklah korang nk buat apa, aku tak sokong mana-mana". Macam ni tak elok la kawan-kawan.Nak duduk dalam negara yang sama, kena la ambil tahu dan berat.

Well, dari nada gua ni, lu orang boleh agak gua ni sokong mana.Blog ni pun bukan la 100% sokong kerajaan, tak ada satu pun sokong kerajaan.haha..kita perlu ubah dan kembali pada asas.Gua pun dari form 1 sampai grad IPT dalam institusi agama, belajar macam-macam pasal selok belok agama.mana-mana yang 'alim, teruskanlah usaha murnu untuk menyatukan Islam.sedih jugak bila sesama Islam bergaduh.Malu woo..tolong la..yang memfitnah tu, henti-hentikanlah.yang gila kuasa tu, bawa-bawalah bertaubat.Khulafa' Ar-Rashidin dulu-dulu menggigil nk pegang amanah sebagai pemimpin, bukan setakat negara, jadi imam kepada seluruh umat Islam, tak kiralah kat Asia, Eropah, Afrika atau mana-mana sahaja. Konsep kepimpinan Islam memang cantik dan elok diikut.tetapi sekarang??

Mungkin pada yang tak ada basic tentang ilmu kepimpinan Islam tak tahu nak ulas. Gua pun tak tahu sangat. Tapi gua ada belajar dulu. Corak kepimpinan yang ada sekarang, khasnya kita praktis kat M'sia ni adalah ideologi barat, atau lebih tepat lagi British.Sistem berparlimen.semua orang tahu itu.Oleh kerana kita dulu mempunyai Sultan atau raja, mereka pun memperkenalkan sistem beraja, macam dia orang.Dan jelas sekali, mereka membahagi-bahagikan kawasan-kawasan dan mereka pun letak ketua bagi tiap-tiap kawasan-kawasan.So inilah dinamakan pecah perintah. So, oleh sebab itu, kita ada banyak negeri, ramai ketua dan pemerintahan.Pastu ada pulak jawatan peringkat pusat.Ada sempadan daerah, negeri dan sebagainya.Well, kalau sistem pemerintahan Islam dulu-dulu, iaitu zaman2 awal, Pemimpin ada seorang sahaja, no border, ada satu daulah, iaitu daulah Islamiyyah.Daulah tu maknanya negara la lebih kurang.sebab tu dahulu ada Kerajaan Islam Muawiyyah, Abbasiyyah dan Uthmaniah. Semua dalam satu. But yela, tiap-tiap tempat ada gak pemimpin, gabenor yang menjaga.tapi ibaratnya, kita dengan Sepanyol satu negara la.Cantiknya adalah kerana semua adalah sama.tak macam sekarang berlainan negara, undang-undang, dan mula la berebut dan berperang. Semuanya nak kuasa..

Eh, apa aku melalut ni..Kita mungkin dah jauh terpesong (Nauzubillah).tolonglah pemimpin-pemimpin yang ada ni bukak mata, fikirkan amanah Tuhan yang amat besar. Kita bukan nak serve untuk rakyat sahaja, tetapi kepada Tuhan. Sebab kita lupa Tuhan la, jadi macam-macam.

Gua geram bila ada member2 gua kutuk MB Perak, Datuk Seri Ir Nizar.Banyak sangat ceramah dari menyelesaikan masalah rakyat, dia kata.Sumber member gua pulak adalah dari kakitangan kerajaan negeri Perak, for sure adalah penyokong UMNO.Salah ke pemimpin berceramah?Lantak la ceramah politk ke apa ke.Pada gua, tengok dia pun gua rasa yakin sangat,'alim orangnya..Kalau dia ceramah politik pun, gua yakin isi2 ceramahnya bukan la sia-sia.Mengajak orang kepada perkara kebaikan.Huh, gua baru baca tadi, yang dia ajak orang menjadikan solat sebagai means untuk menjadi insan yang lebih baik..well, itu la, kalau kita suka seseorang, kita akan sentiasa backing dia.Tapi kalau kita tak suka, sampai bila2 pun dia la yang bersalah.Ceh, dh jauh sangat dah ni..Well, buat kawan-kawan, bukak mata, minda, dan akal.Kita tak sempurna dan tak akan sempurna.Kejadian kita hina, dari tanah je asal kita ni.Hidup perlulah bersyukur bukan pada sesama manusia, tetapi bersyukur pada Maha Pencipta..gua gerak dulu.

Monday, July 28, 2008

monday tought

Isnin, 28hb Julai-Monday blues!!Apa yang blues, gua taktau.pagi2 masuk opis, buat keje sesambil membaca berita2 yang berlaku diseluruh dunia..hmmm..gua agak semua bleh teka..the scripts are always the same.perang, bunuh, tembak, gaduh, fitnah dan mcm2..memang betul dunia ni menuju akhir zaman.cuma kita je taktau bila akan berlaku..soalan yg sama gua nk lontarkan, bersediakah kita?aku pun takut..tp hidup dan mati, syurga neraka, memang ada..manusia x pernah nk blaja dari kesilapan..yg kafir tu lantak la mcm tu, tetapi yg Muslim ni..ish..ish..takut gak gua..gua ni bkn la baik sgt..tp tu la..ntah mcm mana nk sedarkan manusia2 yg ada di muka bumi ni..terkenang kembali sirah Nabi Muhammad S.A.W, mcm mana baginda menyebarkan Islam dgn susah payah, sehingga kita dpt rasai sampai hari ini..ancaman bunuh, berperang..akhirnya berjaya juga..tapi, senang2 je umat Islam hari ni menguburkan kembali apa yg telah dibawa oleh baginda dgn susah payah..memang kejam..huh..dh la, gua malas nk berceramah, sekadar peringatan dan pandangan..adios..wassalam.

Friday, July 25, 2008

Sumber:Harakahdaily.net

Sinar Jumaat: Carilah ketenangan di masjid, surau

Ustaz Zainudin Hashim

Fri | Jul 25, 08 | 11:35:23 am MYT
Tidak ada tempat lebih baik di bumi ini selain rumah-rumah Allah yang dikenali sebagai masjid ataupun surau. Ini kerana di situlah terbit segala ketenangan yang diimpikan oleh segenap insan, iaitu insan yang berusaha membentuk dirinya menjadi hamba Allah yang terbaik sepanjang hidup dengan amalan-amalan yang bersifat peribadatan hanya kepada-Nya. Iklan



Tidak ada tempat di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup, melainkan rumah Allah. Justeru terdapat sebuah hadis Nabi s.a.w. menegaskan bahawa rumah Allah menjanjikan bukan sekadar ketenangan, malah beberapa nikmat lain sebagai dorongan berbuat kebaikan.

Hal ini telah disebut menerusi hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah maksudnya: "Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid/surau), membaca kitab Allah (al-Quran) dan berdiskusi mengenainya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, mereka diselubungi dengan rahmat Allah, dikelilingi dengan para Malaikat (menulis segala kebaikan mereka) dan Allah akan sentiasa mengingati mereka (kerana mereka juga mengingati-Nya)."

Segala janji yang ditaburkan oleh baginda Rasulullah dalam hadis di atas, bukanlah satu perkara retorik seperti janji-janji dalam pilihan raya, ia janji yang akan ditunaikan sendiri oleh Allah SWT, iaitu agar umat Islam menjadi umat terbaik dengan mengecapi ketenangan, kedamaian hidup, rahmat Allah serta yang paling penting mereka diingati oleh Allah selaku Pencipta manusia.

Janji-janji tersebut diberikan apabila ada di kalangan insan Muslim yang memiliki ciri-ciri kebaikan seperti membaca dan mendiskusikan al-Quran, dalam erti kata mereka bersedia untuk mengkaji isi-isi kandungannya untuk dijadikan bahan rujukan, pegangan, kefahaman menuju jalan sempurna.

Justeru, Allah SWT menegaskan bahawa golongan Muslim yang sanggup memakmurkannya rumah-Nya adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar memiliki kualiti iman yang sempurna.

Hal ini ditegaskannya menerusi ayat 18 surah at-Taubah maksudnya: "Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa keimanan yang kental, kepercayaan teguh berpegang kepada hari akhirat, melaksanakan tugas utama dengan bersolat, mengeluarkan zakat serta takut hanya kepada Allah dan tidak yang lain selain-Nya, adalah senjata utama bagi mengekalkan seseorang yang beriman itu menjadi pemakmur rumah Allah yang setia.

Di mana remaja dalam hal ini?

Remaja Muslim pada hari ini lebih tersohor dengan kumpulan 'mat/minah rempit', menjadi golongan yang suka membuang masa seperti terlibat dalam budaya lepak di sana sini, terlibat dengan program-program hiburan melampau, menjadi penyokong kelab bola sepak negeri dan bermacam-macam lagi.

Remaja Muslim hari ini tidak berusaha meningkatkan prestasi kefahaman mereka dengan Islam, sehingga sanggup menjadi golongan penagih dadah, golongan perosak agama dengan penampilan yang tidak sama sekali memperlihatkan 'Islamik', malah ada ketikanya memalukan Islam itu sendiri.

Ada di antara mereka sanggup menjadi golongan yang membuat angkara terhadap program-program masjid, dengan bertindak liar menghalang mereka yang mahu ke masjid atau surau, atau pun terdapat di kalangan mereka yang bersukan berhampiran dengan masjid, tetapi tidak mengendahkan azan yang berkumandang pada waktu Maghrib, berhenti apabila ada teguran daripada pihak tertentu.

Inilah yang dikatakan tindakan bagaikan meroboh masjid, banyak pihak merasa bimbang dengan tindakan seumpama itu, apatah jika tindakan itu boleh dikaitkan dengan firman Allah menerusi ayat 114 surah al-Baqarah yang membawa maksud: "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara apa mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."

Itu semua tidak melambangkan mereka hidup dengan Islam secara serius, malah hala tuju hidup mereka pun masih kabur, justeru apa yang amat diharapkan dari golongan remaja muslim ini adalah tercetus rasa kesedaran yang amat mendalam terhadap Islam, di ketika Islam diinjak, difitnah, dimahkamahkan, dituduh dengan pelbagai pendekatan negatif, oleh itu remaja seluruhnya disaran agar menjadi remaja seperti yang pernah disebut oleh al-Quran dengan istilah 'Ashabul Kahfi' dan 'Ashabul Ukhdud'.

Ketahuilah bahawa pada usia remaja ini juga tidak akan terlepas daripada dibuat perhitungan di sisi Allah pada hari akhirat. Ia pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang bermaksud: "Sebelum kedua-kedua kaki anak Adam (manusia) tergelincir untuk dimasukkan dalam syurga atau pun neraka, maka dia akan ditanya dengan empat perkara: Waktu remajanya apa yang telah dia habiskan, seluruh umurnya apa yang telah dibuat (untuk kebaikan dirinya), tentang hartanya daripada mana sumber ia diperolehi dan bagaimana pula ia dibelanjakan, tentang ilmunya, apa yang telah dia lakukan." (Hadis riwayat Mu'az Bin Jabal).

Remaja hari perlu mencontohi remaja-remaja silam khususnya di kalangan para sahabat dan lain-lain, mereka juga ada perasaan untuk bersuka-ria, rasa nak 'enjoy', tetapi semuanya dikekang kerana ia tidak memberi apa-apa kepada Islam, justeru remaja hari ini juga perlu mentelaah sejarah itu untuk mengembalikan keyakinan diri dengan Islam.

Transkrip debat pasal minyak itu hari la..

Ni gua main petik je dari blog DSAI..huhu..meh baca dan nilai sendiri..gua pun baru nk membaca..

24
Jul
08Transkrip Debat “Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak”

By Anwar Ibrahim

PERANTARA: Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Debat AgendaDaily ini membawa tajuk ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’. Di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, dua orang tokoh kami bawa khas untuk mendebatkannya. Debat ini mengambil masa sejam dan disiarkan secara langsung ke seluruh Negara.

Format debat ini telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Masing-masing juga telah menamakan seorang wakil yang bertindak sebagai ahli panel. Mereka akan menanyakan soalan kepada pendebat yang mencalonkan mereka selain soalan kepada pendebat yang seorang lagi. Jumlah soalan bergantung kepada keadaan masa. Saya sendiri akan menanyakan soalan kepada kedua-dua pendebat ini. Supaya berlaku adil, soalan yang sama akan ditanya kepada kedua-dua orang. Kedua-dua pendebat juga akan diberi peluang untuk bertanya satu sama lain.

Untuk pemula bicara atau opening statement setiap tokoh akan diberikan masa 4 minit. Loceng akan dibunyikan selepas 3 setengah minit. Setiap soalan lain mesti dijawab dalam masa kurang dari 3 minit atau loceng akan dibunyikan sebagai tanda peringatan. Setiap pendebat akan membuat penggulungan selama 3 minit.

Saudara penonton yang saya hormati sekalian, tugas saya hanyalah sebagai perantara. Maka itu, saya memohon kepada kedua-dua tokoh ini untuk mendebatkan isu ini secara terbuka, profesional dan beretika. Tanpa ragu-ragu, saya akan menegur mana-mana pihak ataupun pendebat yang menyimpang dari tajuk atau yang mengemukakan soal-soal yang tidak relevan dengan apa yang sepatutnya dibahaskan.

Dengan penuh hormat, saya ingin memperkenalkan kedua-dua tokoh pendebat kita malam ini. Di atas pentas itu, YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan Malaysia dan di sebelah beliau ialah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Parti Keadilan Rakyat atau PKR. Dua orang tokoh yang menjadi wakil pendebat ialah di sebelah kanan saya, Tan Sri Datuk Dr Nordin Kardi, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia dan Presiden Persatuan Universiti Malaysia dan di sebelah kiri saya, bagi pihak Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Saudara Zulkifli Sulong dari Akhbar Siasah.

Saya mulakan debat AgendaDaily bertajuk ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’ dengan mempersilakan Dato’ Seri Anwar untuk membuat opening statement selama 4 minit. Dipersilakan.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Terima kasih Datuk Johan dan AgendaDaily atas kesempatan ini. Dan penghargaan khusus kepada Dato’ Ahmad Shabery kerana memberikan ruang yang julung-julung kali diadakan.
Saya menerima pelawaan ini dengan senang hati untuk membuka wacana yang bebas dan segar. Walaupun pada peringkat awal saya memilih untuk berdebat dengan Perdana Menteri atau Timbalan, tetapi saya terima baik kerana saya nak menggunakan kesempatan ini untuk menjelaskan, kalau kesempatan Pakatan Rakyat memerintah hari ini, esok harga minyak tetap turun.

Saya cadangkan, berdasarkan perkiraan kekuatan makro ekonomi negara kita, pertumbuhan dan potensinya, penyusunan dan pengurusan pemerintahan yang lebih cekap dan bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan jumlah yang kita fikirkan untuk diturunkan dalam kadar segera sebagai langkah awal ialah 50 sen.
Maknanya mulai esok seandainya kita memerintah malam ini, harga minyak ialah RM2.20. Saya pertahankan hujah ini kerana beban rakyat itu sudah tidak terkawal. Petani, nelayan, pekerja, peniaga peringkat menengah dan atasan itu mengalami satu keperitan yang luar biasa. Ini jarang sekali berlaku dalam sejarah Negara kita.
Kenaikan mendadak yang cukup membebankan orang-orang yang majoritinya Melayu lebih banyak menerima kesan. Semua perbicaraan tentang menyelamatkan orang Melayu dan membela nasib orang Melayu itu hanya omongan. Tetapi kenyataannya keperitan itu menimpa orang Melayu, termasuklah bumiputera Sabah dan Sarawak.

Bagaimana boleh dapat saya kumpulkan RM5 bilion ini? Saya akan jelaskan dan memperincikan berikutnya. Iaitu TNB sekarang umpamanya mempunyai standby capacity yang berlebihan. Reserve 40%, di antara paling tinggi di dunia. Siapa yang untung? IPP – Jana Kuasa Bebas. Untungnya sudah berbilion ringgit, ada lagi kapasiti yang begitu besar.
Mengapa kita harus berikan? PETRONAS rugi, TNB rugi… yang untung IPP. Dan kapasiti 40% itu saya usulkan untuk dikurangkan standby capacity itu kepada 20%. Dengan mengurangkan kapasiti itu sahaja kita telah mendapat RM2 bilion. Jadi kita kena cari RM3 bilion lagi. PETRONAS hari ini dalam financial announcement menyebut jumlah keuntungan yang besar bagi tahun 2008 yang baru selesai diumumkan hampir RM100 bilion.

Jangan kita bicara soal naik harga minyak. Naik harga minyak di pasaran dunia bermakna pendapatan dan dana Kerajaan bertambah …. meningkat besar. Jadi kalau kita mempunyai keuntungan begitu besar, sebahagiannya untuk PETRONAS dan saya tidak ganggu PETRONAS kerana PETRONAS mempunyai rekod yang cemerlang dan pengurusannya membanggakan. Masalahnya ialah manakala campur tangan politik, pengurusan politik yang sangat lemah membebankan negara.

Jadi oleh yang demikian, saya mengusulkan sebagai langkah awal kita turunkan 50 sen mulai esok. Walaupun sekarang Barisan Nasional memerintah, bermakna ini tidak mungkin. Tetapi kita turunkan 50 sen esok, Insya Allah dan saya akan jelaskan dalam masa yang diberikan nanti bagaimana kita boleh cari RM3 bilion. RM3 bilion ini untuk dana meringankan beban rakyat itu tidak terlalu besar.
Kerugian dan tanggungan PERWAJA sahaja RM13 bilion yang boleh ditampung oleh Kerajaan. Mengapakah harus kita menjadikan isu terlalu besar apabila RM3 bilion itu ingin diagihkan kepada rakyat jelata.

PERANTARA: Terima kasih Dato’ Seri Anwar. Saya mempersilakan YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek.

YB DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Assalamualaikum w.b.t. Saya menerima jemputan AgendaDaily untuk berdebat malam ini atas kesedaran bahawa adalah tanggung jawab saya sebagai orang yang dipilih oleh rakyat dan juga seorang Menteri yang dipilih melalui proses yang sah. Dan saya bertanggung jawab untuk menyatakan bahawa apa-apa tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan, inilah cara yang terbaik untuk masa depan negara kita dan masa depan rakyat. Bukan pendekatan populis yang sering dilakukan dalam banyak negara yang tidak semestinya negara itu berakhir dengan keadaan ekonomi yang lebih baik kepada masyarakatnya.

Perlu saya jelaskan di sini bahawa kalaulah dikatakan pada hari ini 50 sen hendak diturunkan, sebenarnya ucapan ini saya dah dengar sebelum pilihan raya yang lepas. Jadi bermakna dia mesti bercakap pada harga sebelum pilihan raya iaitu pada harga RM1.92.

Tentangannya ialah menentang kadar kenaikan harga yang baru-baru ini. Kalau kita teruskan pada harga RM1.92, ini bermakna subsidi yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan ialah sebanyak RM50 bilion. Dan ini bermakna banyak program-program pembangunan, soal sekolah, soal rakyat, soal jalan, soal orang di FELDA, soal orang di kampung tidak dapat dilaksanakan hanya untuk menampung cara hidup yang berterusan yang ada pada hari ini.

Perlu saya jelaskan juga bahawa, kita perlu tahu bahawa kenaikan harga minyak sekarang ini bukanlah kerana kita. Kita mesti sedari hakikat bahawa kita berhadapan dengan krisis minyak seluruh dunia. Harga minyak naik bukan Kerajaan yang salah tetapi ini adalah kerana keadaan kenaikan harga minyak dunia disebabkan perang di Iraq, kemungkinan serangan di Iran, tentang permintaan China dan India yang semakin besar dan faktor-faktor lain yang dirasakan di seluruh dunia.

Dalam sejarah Negara kita, harga minyak dunia ataupun krisis minyak ini bukan kali yang pertama. Kali yang pertama ialah dalam tahun 1973 dan 1974. Pada waktu itu selepas perang Yunkipur atau Perang Ramadhan pada ketika itu, di mana orang-orang Arab – negara-negara Arab berpakat untuk mengenakan tindakan embargo minyak kepada negara-negara yang menyokong Israel pada waktu itu. Pada masa yang sama ia memberhentikan atau mengurangkan pengeluaran minyaknya.

Waktu itu juga, seluruh dunia menghadapi masalah inflasi yang teruk. Harga minyak naik mendadak 400% daripada 10 dolar setong hingga 40 dolar setong dalam masa 6 bulan. Memberikan kesan inflasi yang cukup teruk termasuk dalam Negara kita pada waktu itu. Tetapi saya ingat pada waktu itulah pentingnya, tahun 1974 ialah zaman Tun Razak.
Tun Razak menubuhkan PETRONAS pada waktu itu. Menubuhkan PETRONAS dalam keadaan yang tertekan kerana dunia luar menekan kita jangan ambil hak yang telah diberikan kepada SHELL pada waktu itu. SHELL telah diberikan oleh British sebelum meninggalkan negara kita. Kita tubuh PETRONAS pada waktu itu dan ia bukanlah satu perkara yang mudah.

Sebab itulah pada waktu itu seluruh rakyat bersatu menyokong Tun Razak. Pada waktu itu polls khas menyokong Tun Razak. Pada waktu itu juga banyak parti-parti lain menyokong Tun Razak. Saya ingat pada waktu itu Saudara Anwar memilih untuk memalukan Tun Razak, berarak di jalan raya mengajak mahasiswa dan sebagainya.
Seperti dulu dan seperti hari ini, rakyat memang sempit tetapi saya melihat sama seperti dulu, Saudara Anwar suka mengambil kesempatan daripada kesempitan rakyat. Sebab itulah kita katakan bahawa, memberikan minyak yang murah bukan penyelesaiannya. Banyak negara ……. terima kasih.

PERANTARA: Terima kasih Dato Seri dan terima kasih Dato’. Kita masuk kepada pusingan yang kedua. Ini merupakan soalan saya yang saya tujukan kepada kedua-dua tokoh ini. Soalan saya ialah, pada masa ini PETRONAS hanya menguasai kira-kira 40% pasaran runcit petroleum. Sekiranya subsidi yang besar diberikan, maknanya Kerajaan juga harus menanggung subsidi untuk beberapa syarikat minyak raksasa yang ada di negara ini termasuk EXXON Mobil dan SHELL. Apa komen pendebat? Saya mulakan dengan Dato’ Ahmad Shabery Cheek.

YB DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Kita mesti mengakui bahawa kaedah subsidi adalah kaedah yang tidak boleh bertahan lama. Banyak subsidi ertinya kita mesti mengakui akan memberi kesan pertumbuhan ekonomi yang sebenarnya.
Kalau kita terus memberi subsidi yang banyak, kita akan mewujudkan satu keadaan bahawa wang Negara yang sepatutnya dilaburkan untuk kepentingan rakyat, untuk sekolah, untuk hospital dan sebagainya terpaksa digunakan hanya untuk menampung subsidi minyak yang sebahagiannya akan digunakan oleh orang-orang yang sudah kaya, yang sudah mempunyai kenderaan yang besar termasuk orang-orang dari luar negara. Sebab itulah kita katakan di sini bahawa kalau kita terus memberi subsidi sebagaimana yang disebutkan tadi, ada syarikat-syarikat seperti EXXON Mobil, seperti SHELL dan sebagainya yang turut mendapat faedah daripada wang rakyat. Dalam soal ini, kenapa tidak kita berikan wang tersebut terus kepada rakyat dan ini yang dibuat oleh kebanyakan negara-negara maju yang lain.
Kalau disebutkan tadi kerana pengurusan yang tidak cekap, kerana ada rasuah dan sebagainya. Kita tanya Norway, Finland, tanya negara-negara maju yang lain yang dikatakan paling kurang rasuah, mereka juga tidak subsidi dan mereka telah menunjukkan prestasi ekonomi yang lebih baik dan Malaysia juga harus menuju ke arah itu.

PERANTARA : Dato’ Seri Anwar.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Debat ini masalah minyak, bukan Anwar dan Shabery. Oleh yang demikian, saya tidak memilih untuk menyentuh beliau walaupun beliau tokoh Semangat 46 dahulu. Itu tak apa.

Soalnya saudara, kita nak banding dengan Norway, pendapatan per kapita Norway 10 kali lebih daripada Malaysia. Kita bicara soal harga minyak ini, keperitan rakyat, petani, nelayan dan pekerja yang miskin. Jadi kalau kita nak bandingkan dengan kedudukan negara industri yang capai tahap yang baik, ini agak sukar. Nisbah dan basis perbandingan itu meleset sama sekali.

Saudara, soal minyak, soal bantuan, meredakan keperitan rakyat ini tanggung jawab mana-mana pemerintah. Lebih ramai orang miskin, lebih rakyat terpinggir, baik Melayu atau bumiputera Sabah, Sarawak atau segelintir Cina dan masyarakat India di estet, itu tanggung jawab kita. Soalnya, menaikkan kadar minyak dengan mendadak begini, cukup membebankan. Dan kalau pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sampai hari ini tidak sedar, saya fikir masa depan parti itu tidak begitu cemerlang lagi. Orang tidak akan yakin.

Saudara, ini realitinya. Saudara tahu, berapa ramai jumlah pengangguran? Itu akan saya sentuh. Sebab itu prinsip subsidi, bila nak tolong orang miskin, subsidi. Bagaimana tentang prasarana infrastruktur, berpuluh bilion ringgit yang disediakan untuk pedagang-pedagang untuk industri? Untuk pelabuhan? Bukankah itu bentuk subsidi?
Prasarana disediakan dengan jumlah yang besar, kita sebut insentif. Tolong rakyat miskin dengan subsidi minyak kita panggil subsidi. Jumlah nak tampung kerugian PERWAJA saya sebut tadi, dan MAS dan pelbagai bail-out , kita sebut bail-out, bantuan menyelamatkan ekonomi. Nak bantu nelayan, petani dan Melayu miskin namanya subsidi. Dan subsidi itu namanya cukup negatif dan busuk sekali. Saya tidak setuju.

Saya anggap tanggung jawab kita dalam mana-mana negara. Kita ada dana. Keuntungan PETRONAS, tak sentuh bahan sektor yang diperoleh daripada PETRONAS, itu perlu untuk pelaburan dan sebagainya. Ini soal dana yang besar yang diperoleh oleh Kerajaan. Memang betul untuk sekolah, tapi kalau kita ambil berbilion dari rakyat kemudian kita tingkatkan bangunkan sekolah, tanggung jawab dan boleh kita sentuh dalam round kedua. Insya Allah.

PERANTARA: Baik, terima kasih Dato’ Seri Anwar. Demikian saudara penonton sekalian, berakhirnya segmen pertama debat AgendaDaily ini. Kita akan bertemu lagi selepas pesanan iklan ringkas ini. Jangan ke mana-mana

PERANTARA: Saudara penonton yang saya hormati sekalian, kita sedang mengikuti Debat AgendaDaily mempertemukan YB Dato’ Shabery Cheek dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang membawa judul ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’. Kita sampai pada pusingan ketiga sekarang, saya mempersilakan wakil Dato’ Ahmad Shabery bertanyakan soalan kepada Dato’ Seri Anwar. Silakan Tan Sri.

TAN SRI DATUK DR NORDIN KARDI: Terima kasih Pengerusi. Sebelum saya mengemukakan soalan yang terbuka, saya ingin terlebih dahulu mendapatkan komitmen yang diucapkan oleh Dato’ Seri tadi, iaitu premis kepada cadangan apabila memerintah hari ini besok harga minyak akan turun 50 sen, bukan kerana Malaysia adalah negara pengeluar minyak, ya atau tidak?

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Ya, Malaysia ialah negara pengeksport minyak.

TAN SRI DATUK DR NORDIN KARDI: Kerana Malaysia negara pengeksport minyak, itu sebabnya cadangan ini dikemukakan?

DATO’ SERI ANWAR: Ya.

TAN SRI DATUK DR NORDIN KARDI: Jadi apabila cadangan ini dikemukakan sedangkan dalam hujah telah menyentuh perkara-perkara lain yang bukan berkaitan dengan minyak iaitu yang berkaitan dengan IPP dan sebagainya. Jadi saya merasai …..

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: IPP itu ada hubungan minyak dengan gas.

TAN SRI DATUK DR NORDIN KARDI: Premis itu sudah bercampur-campur, jadi saya suka menyebut beberapa angka iaitu hasil ataupun revenue daripada minyak. Mengikut laporan tahunan yang telah diumumkan ialah RM223 bilion.
Dan daripada RM223 bilion ini yang merupakan hasil daripada minyak yang dikorek daripada Malaysia ialah 26% iaitu RM56 bilion, sedangkan PETRONAS telah mengembalikan wang sebanyak RM63 bilion, bermakna melebihi daripada duit minyak yang diperoleh daripada urus niaga minyak Malaysia sebanyak RM5 bilion lebih.
Jadi dengan demikian, seolah-olah apabila wang ini dilaburkan semula untuk perkembangan ekonomi, dan apabila Dato’ Seri memerintah hari ini, besok akan menurunkan harga minyak, Seolah-olah Dato’ Seri seumpama seorang anak yang telah kematian bapa akan membahagi-bahagikan harta ini yang telah dikumpulkan hasil keringat orang terdahulu, untuk mendapatkan keseronokan di kalangan kawan-kawan bahawa Dato’ Seri adalah pemimpin yang baik.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Terima kasih. Terima kasih atas ucapan pengulas. Saya fikir dia nak tanya soalan. Tapi mungkin kaunseling punya pengaruh.

Basic, pengetahuan basic bila kita sebut industri petroleum itu, termasuk minyak dan gas. Patut dapat taklimat awal. Tapi kalau yang disebut oleh PETRONAS ini, keuntungan besar dari pelaburan PETRONAS dan PETRONAS ini walaupun termasuk dalam di antara 100 syarikat minyak terbaik, tapi dari segi keuntungan termasuk di antara yang ke 10 terbaik.
Dan keuntungan ini ialah kerana operasi kebanyakannya itu dalam negara dan sebahagian kecil di luar. Dan dalam polisi kita tentunya kita menggalakkan PETRONAS untuk terus melabur sebahagian pendapatannya. Sebab itu kita tidak menyentuh dana yang diperoleh oleh PETRONAS. Kita nak menyentuh dana yang dipulangkan kepada Kerajaan kerana PETRONAS ini milik dan khazanah Negara. Berhak untuk rakyat, anak ni maknanya anak kita semua, itu hak mereka.

Jadi sebenarnya soal nak menyatakan pendekatan populis atau tidak, ya. Kita dalam pemerintahan ini nak jaga siapa? Nak jaga tauke besar dan kroni? Atau nak jaga rakyat? Kita jaga semua. Jadi oleh yang demikian, saya tekankan jumlah yang kita sebutkan 50 sen itu bukan jumlah yang keterlaluan. 50 sen turun, langkah awal.
Memang Dato’ Shabery, dia menyentuh … memang saya janji lebih, memang itu saya sebut itu langkah awal. Sebab apa saya nak menyebut langkah awal, sebab kekacauan, kemusnahan ekonomi, kerosakan akibat kenaikan mendadak keterlaluan, kerana naik begitu mendadak keterlaluan, tidak ada yang sokong, yang sokong hanya Ahli Parlimen Barisan Nasional. Kerana naik keterlaluan, kita terpaksa menurunkan ikut peringkat. Saya mengambil satu pendekatan bertanggung jawab, kalau benar populis saya umumkan saja, kita turunkan RM1 atau RM1.50, apa salahnya. Tetapi saya terpaksa mempertahankan dengan hujah dengan angka RM2 bilion selamat dari…… saya sambung kemudian.

PERANTARA: Saya mempersilakan Saudara Zulkifli Sulong untuk bertanyakan soalan kepada Dato’ Ahmad Shabery.

SAUDARA ZULKIFLI SULONG: Assalamualaikum Dato’ Ahmad Shabery. Pada tahun 2006 lalu, Kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen. Hasilnya Kerajaan telah dapat jimat kira-kira RM4.3 bilion dahulu. Kerajaan berjanji ia akan digunakan untuk pengangkutan awam. Mengikut jawapan di Parlimen baru-baru ini, Kerajaan baru belanjakan RM834.72 juta sahaja, untuk prasarana pengangkutan awam sejak dari tarikh itu.
Kenapa perkara ini berlaku? Kerana dengan kenaikan ini pula, Kerajaan boleh jimatkan RM13 bilion. Jika RM4.3 bilion yang kita jimatkan dahulu itu sukar untuk dibelanjakan, sehingga kini tidak dapat nampak hasilnya tentang pengangkutan awam yang dijanjikan. Apakah yang akan berlaku dengan penjimatan yang agak besar yang akan kita hapuskan?

DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Terima kasih Saudara Zul. Sebenarnya Saudara mungkin tidak ikut perkembangan harga minyak agaknya. Pada waktu itu 70 dolar, sekarang 140 dolar. Senanglah nak cakap turun, siapa pun boleh, kalau tak memerintah. Saya duduk pembangkang mudah hendak cakap. Bagi free pun boleh.
Tetapi kita mesti bertanggung jawab dalam soal ini. Kita tengok dalam dunia sekarang ini pun, pertamanya kita perhatikan, dalam dunia sekarang ini, semua negara yang murah harga minyaknya, Venezuela paling murah, 10 sen sahaja. Saya baru ke sana minggu lepas. Tetapi inflasinya berapa? 30%, yang terburuk dalam negara Latin Amerika. Iran inflasinya yang ke 8 terburuk dalam dunia sekarang. Itu negara yang murah.
Kerana dalam masa yang sama kita kena ingat, bahawa harga minyak bukan sekadar menyebabkan harga minyak sahaja naik, tetapi bukan sahaja harga barang, tetapi termasuk krisis makanan.

Sekarang ini kalau kita tengok, negara kita mampu untuk mengatasi krisis makanan sekarang ini malahan kalau kita tengok beras kita lebih murah daripada beras Thailand. Ini antara bukti kemampuan kita mengatasi makanan. Sebab itulah kita katakan bahawa ianya hanya dapat diimbangi dengan cara sistem subsidi yang betul dan kita tidak perlu berarak di jalan raya.
Alhamdulillahlah kita dapat bersama hari ini, tidak berarak di jalan raya atau pun buat konsert yang tidak senonoh seperti baru-baru ini. Kita dapat berbincang dengan yang baik dalam keadaan sekarang ini.

PERANTARA: Sekarang saya akan minta supaya Saudara Zul menanyakan soalan kepada Dato’ Seri Anwar, silakan.

SAUDARA ZULKIFLI SULONG: Dato’ Seri, bercakap soal minyak ini, ia adalah harta masa depan kita. Seingat saya semasa Dato’ Seri menjadi Menteri Kewangan dahulu, Dato’ Seri pernah menubuhkan Tabung Warisan. Dan apa sebenarnya dalam pemikiran Dato’ Seri ketika itu, jika kita kaitkan dengan isu minyak yang juga harta rakyat masa depan sekarang ini?

PERANTARA : Silakan.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Dua Kumpulan Wang Amanah yang penting ialah Kumpulan Amanah Pencen dan Negara yang melibatkan kepentingan heritage. Kerana pada masa itu kita ada belanjawan lebihan, tidak macam sekarang deposit teruk. Masa itu kalau belanjawan lebihan, kita kumpulkan supaya kita simpan sebahagian daripada dana yang diberikan PETRONAS dan lebihan itu untuk masa depan Negara.

Malangnya, perkara itu tidak dikembangkan dan dana simpanan itu masih di peringkat yang dianggap agak kecil. Tetapi dalam isu minyak ini, kita tidak boleh kaitkan semata-mata dengan harga global. Kalau kita sebut Venezuela, Iran, benar inflasinya agak naik sedikit, tapi kalau kita kira inflasi yang disebut oleh Kerajaan.
Cuba pergi kedai beli ikan ke, bawang ke, ayam ke, ianya tidak naik 3%. Angka terakhir yang disebut oleh Gabenor Bank Negara 6% lebih. Semua bank sebut lebih 8%. Maknanya kebijakan ekonomi yang diumumkan menyebabkan inflasi melonjak tinggi kerana kenaikan itu pada tahap yang singkat terlalu tinggi menyebabkan kesan sampingan harga barang meningkat.
Jadi keprihatinan Pak Menteri meniaga barang di inflasi itu bercanggah dengan keputusan yang dibuat oleh Kerajaan. Naik minyak mendadak, inflasi tidak akan naik. Itu teori ekonomi siapa yang mengajar begitu?

Kenaikan yang mendadak, kenaikan barang termasuk minyak bila mendadak begitu akan membawa kesan yang parah. Kita sebut harga minyak global, memang benar. Harga minyak global meningkat tinggi tetapi setiap 1 dolar Amerika naik dengan pengeluaran minyak di Malaysia, kita peroleh RM360 juta.
Jadi naik harga minyak itu pulangan besar kepada kita. Ini hendak merunsingkan orang kampung, harga minyak global naik, di London, di Paris, di China, di India naik. Kita pengeluar minyak, memang naik berbanding 10 tahun lalu, tetapi tidak boleh bebankan rakyat dan yang saya nak tekankan sekarang ini, kenaikan begini menyebabkan ekonomi kian meleset.

PERANTARA: Saya mempersilakan Tan Sri Datuk Dr Nordin Kardi untuk menanyakan soalan kepada Dato’ Ahmad Shabery.

TAN SRI DATUK DR NORDIN KORDI: Tadi saya telah menanyakan komitmen Dato’ Seri Anwar tentang adakah premis kepada penurunan harga minyak 50 sen itu kerana Malaysia adalah pengeluaran minyak. Selepas kita bacakan data bahawa sumbangan minyak dalam negara hanya 26%. Saya melihat bahawa isu yang dicadangkan oleh Dato’ Seri Anwar bukan isu minyak lagi tetapi memilih minyak sebagai sasaran untuk dikurangkan kepada 50 sen.
Tetapi mengapa tidak misalnya oleh kerana ia bukan semata-mata isu minyak bercakap mengenai pengurangan cukai seperti mana Kerajaan telah tidak mengenakan cukai kepada mereka berpendapatan di bawah RM2,000, mengapa tidak misalnya memberi bantuan sewa rumah kepada mereka yang miskin tinggal di bandar, tetapi mengapa memilih minyak, mengapa agaknya Dato’ Seri Anwar tidak berjanji untuk mengurangkan inflasi seperti katanya 80% kepada 30%. Jadi soalan saya kepada Dato’ Shabery ialah mengapa agaknya Dato’ Seri memilih minyak sebagai sasaran janji kepada rakyat apabila memerintah esok. Terima kasih.

YB DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Saya rasa soalan ditanya kepada saya kerana merasakan banyak premis yang salah tadi. Kita bercakap tentang kita ini sebagai negara pengeluar minyak. Saya hendak tanya, kita ini negara pengeluar minyak nombor berapa dalam dunia? nombor 1 hingga 20? Kita nombor berapa?
Tidak masuk pun. nombor 21 pun tidak. Kita kecil, jangan bandingkan dengan Arab Saudi, jangan bandingkan dengan Venezuela, jangan bandingkan dengan Iran, jangan banding dengan tempat lain. Kita kecil sangat, itu pun minyak kita telah diambil 100 tahun lamanya dan kita telah sampai ke peringkat penghujung. Kita masih nett exporter tetapi nett exporter yang kecil. Kita kena tahu dalam soal ini.
Dan kemudiannya dari segi keuntungan daripada minyak kita tidak benar tadi, sebenarnya hanya 26% daripada keuntungan yang disebabkan oleh PETRONAS hari ini, 26% hasil daripada minyak dalam negeri yang lain itu adalah pelaburan. Kalau kita kata tahun 2015 nanti waktu kita sudah tidak ada minyak, apakah waktu itu kita telah menjadi nett importer pada waktu tersebut. Apakah pada waktu itu kita baru hendak mengikut harga dunia, kalau orang hendak jual minyak pada kita waktu itu.
Kalau tidak jual bagaimana? Sebab itulah tanggung jawab PETRONAS dengan keuntungan yang ada walau sudah banyak diberikan kepada negara sepatutnya cari minyak di luar negara dan terima kasih di bawah Dato’ Seri Mahathir misalnya, sampai ke 33 buah negara yang dia terokai, PETRONAS kita sehingga kita menjadi salah sebuah negara yang mempunyai sebuah syarikat minyak antara yang ternama dalam dunia sekarang ini. Sebab itulah kita rasakan jangan menyebabkan PETRONAS menjadi lebih miskin dalam soal ini. Kita mestilah realistik, minyak kita bukanlah minyak yang banyak sangat, mungkin minyak urut, minyak atar tidak tahulah dalam soal ini.

PERANTARA: Terima kasih, kita akan pergi kepada soalan cepumas. Saya akan minta Dato’ Seri Anwar menanyakan satu soalan kepada Dato’ Ahmad Shabery dan kemudian Dato’ Ahmad Shabery akan menanyakan satu soalan kepada Dato’ Seri Anwar. Saya mulakan dengan Dato’ Seri Anwar menanyakan soalan kepada Dato’ Ahmad Shabery.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM : Saudara Shabery, siapa yang bandingkan Malaysia dengan Venuezela dan Iran? Harganya 10 sen, 15 sen, 16 sen? Soalnya, kita bandingkan Malaysia sebagai negara pengeksport minyak, dan kita telah bagi perkiraan bahawa kenaikan yang mendadak itu membebankan rakyat dan menyebabkan kemerosotan, kemelesetan ekonomi negara.
Jadi kalau ini diketahui, mengapa Kerajaan setelah berjanji untuk tidak menaikkan minyak sebelum pilihan raya, dalam tempoh beberapa bulan sahaja telah memungkiri janji, mengkhianati janji dan menaikkan harga minyak yang membebankan rakyat dan mengatakan kita ambil dari dana PETRONAS? Siapa yang kata kita ambil dari dana PETRONAS? Saya kata kita jimatkan belanja, kita betulkan perjanjian kita dengan IPP dan kapasiti lebihan dan kita ambil dari dana Kerajaan yang bocor begitu banyak termasuk rasuah yang disebut Morgan Standly kehilangan RM300 bilion dan RM10 bilion.
Jadi saudara, saya cuma hendak sebutkan begitu, mengapa gunakan media termasuk media rasmi sebagai amanah memutar belitkan kenyataan kita? Kenyataan kita ialah mengapa kenaikan yang begitu mendadak dan membebankan? Dan mengapa kita tidak boleh mengurus sumber khazanah yang kita miliki untuk meringankan bebanan rakyat dan memajukan pertumbuhan ekonomi dengan meyakinkan?

PERANTARA: Terima kasih, saya minta Dato’ Ahmad Shabery jawab.

YB DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Saya kira ini sekali lagi ucapan yang populis sifatnya. Seolah-olah menafikan bahawa segala-galanya dikaitkan bahawa punca kenaikan harga minyak kita ini kerana tidak ada penjimatan dan soal rasuah dan sebagainya.
Ini boleh kita terima sekiranya kenaikan harga minyak negara kita adalah sesuatu yang terpencil daripada negara lain. Seolah-olahnya Saudara Anwar menafikan bahawa seluruh dunia berhadapan dengan soal harga minyak yang tinggi sekarang ini, seolah-olah dikatakan bahawa minyak mahal di Malaysia sahaja.
Ini sama saya katakan seperti dalam tahun 1974 dahulu, Saudara menggerakkan MASSA, menggerakkan mahasiswa mengatakan orang kaya raya, orang miskin papa kedana. Sedaplah kita bercakap waktu itu, bercakap tentang orang Baling pada waktu itu. Tetapi pada waktu yang sama kita rasakan bahawa
Saudara Anwar waktu berada dalam Kerajaan, tidak selesai pun tentang soal orang di Baling. Bercakap mudah dalam soal ini, sebab itulah sebahagian daripada masalah yang kita ada, soal IPP ialah semasa zaman Saudara Anwar berada dalam Kerajaan. Susah kita hendak ubah kontrak-kontrak yang ada sekarang ini kerana antara kontrak itu dipertahankan semasa Saudara Anwar berada dalam Kerajaan.

Saudara Anwar kata media suka memutar belitkan. Saya rasakan sekarang ini tidak pernah berlaku kalau Saudara Anwar berada dalam Kerajaan diberi peluang yang begini kepada seorang pemimpin pembangkang. Saya rasakan bahawa kalau mengikut cara Saudara Anwar sewaktu menyelesaikan masalah krisis kewangan tahun 1997, memilih cara yang digemari oleh IMF.
Pada waktu itu yang menjerut rakyat dan tidak pernah pun di cakap kita membuat tentang kepentingan rakyat, kadar bunga yang dinaikkan dengan cara yang cukup tinggi pada waktu itu, NPL dipanggil daripada enam bulan kepada tiga bulan, ramai peniaga kecil SME dan sebagainya bankrap disebabkan oleh Saudara Anwar.

Kita bercakap mudah bila kita di luar, tetapi hakikat yang sebenarnya tidak semudah dapat kita hayati dalam keadaan yang sebenarnya dalam negara kita pada hari ini. Tetapi percayalah sebagaimana yang saya katakan tadi, dalam kesusahan yang ada sekarang rakyat cukup makan.
Kalau disebutkan tentang soal kebocoran dan sebagainya, kita cubalah lihat, Saudara Anwar cubalah lihat bandingkan statistik yang ada sekarang ini, semua negara-negara yang dianggap murah minyaknya juga mengalami keadaan inflasi yang tinggi kecuali boleh dibuktikan satu negara yang memberikan subsidi yang tinggi, inflasinya tidak berlaku, tunjuk dan buktikan, Iran, Venezuela, Saudi Arabia, Qatar semua ini negara-negara minyaknya tetapi inflasinya adalah jauh lebih tinggi daripada Malaysia.
Sebab itulah saya katakan bahawa jangan kita sempitkan pemikiran kita dalam mengelirukan rakyat semua.

PERANTARA: Sekarang, saya mempersilakan Dato’ Ahmad Shabery mengajukan soalan kepada Dato’ Seri Anwar.

YB DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Soalan saya mudah sahaja. Kalau kita mengajar rakyat kita dengan harga yang murah walaupun pada hakikatnya harga minyak antarabangsa adalah tinggi, tahun 2015 kita akan menjadi nett importer. Mungkin beberapa tahun lagi kita tidak akan ada minyak lagi. Apakah subsidi begini akan diteruskan? Atau pada waktu itu baru nak naik mendadak serta merta daripada apa yang ada sekarang?

PERANTARA: Silakan Dato’ Seri Anwar.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Ya, terima kasih. Sekurang-kurangnya, soalan itu tadi kembali kepada mauduk. Yang lain itu, soal demonstrasi 1974 belum habis demam pun lagi.

Saudara, siapa yang bagi angka kata ada deflation? Ada kehausan sumber minyak pada 2015? Cuba kalau baca betul-betul laporan PETRONAS. Disebut, mengikut perkiraan sekarang, seandainya 10 tahun dari sekarang tidak ada sama sekali telaga minyak yang baru, maka …, bacalah bagi habis. Maknanya, kapasiti tidak terencat.
20 tahun yang lalu atau 30 tahun yang lalu, kapasiti kita berakhir pada 2005. Keadaan itu berkembang. Baiknya PETRONAS ini, kerana dia tidak hanya memilih untuk cari gali dalam negara. Dia pilih luar negara untuk mencari sumber yang lain. Sebab itu, saya pertahankan PETRONAS.

Yang saya kritik ialah Kerajaan Barisan Nasional. Dia ada beza. Jadi, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Parlimen pun tak faham, problem kita. Soalnya, sekarang, kita bincang minyak. Tapi, pengurusan Kerajaan, kebocoran. Saya boleh bagi contoh, bukan saya bagi perkara yang tidak bertanggungjawab. Betul, IPP itu diluluskan di zaman saya menjadi Menteri Kewangan. Tapi, saudara harus honest to the truth.
Jangan bohong. Saudara boleh semak rekod. Semak surat Tan Sri Ani Arof, Pengerusi TNB. Dia pertahankan keputusan Kementerian Kewangan, dia bercanggah dengan EPU dan keputusan Perdana Menteri pada ketika itu.

Saya mempersilakan Saudara semak balik. Kita tidak bersetuju dengan harga yang ditetapkan. Itu sebabnya, mengapa Tan Sri Ani Arof meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi TNB. Betul. Tetapi, tak mengapalah. Dato’ Shabery kata Anwar salah. Tetapi, tahun 1990. Dan kamu buat apa tahun 2008 ini? Sekarang ini, dalam keadaan permulaan perjanjian IPP, rizab kapasiti 10, 15 tahun dulu, sekarang, kita teliti balik.
Untung IPP ini berbilion dan PETRONAS itu kerugian, termasuk TNB kerana beban perjanjian IPP. Sebab itu harus diteliti semula. Saya menganggarkan, kalau diteliti semula selain RM2 bilion rizab kapasiti kita boleh jimatkan RM1 bilion lagi. Dari kadar RM3 bilion, kita hanya perlu RM2 bilion.

Tengok, bagaimana Kerajaan uruskan pembelian diesel. Diesel yang bocor, penyeludupan, dan penyelewengan, berapa? RM700 juta setahun. Kemudian, Kerajaan tubuh syarikat kroni, Teras Kimia, RM117 juta. Sudahlah rugi RM700 juta, ambil syarikat geng dia, bantu pula RM100 juta. Rakyat? Jadi, ini sebab Saudara, saya minta dengan baik, ikhlas, betulkan ini. Kalau kita dapat jimatkan yang ini, setiap proses satu persatu, kita boleh jimatkan. Ini disebut tiris dan bocor. Sekiranya ini dapat dilakukan, kita lihat ini dari segi kerangka ekonomi makro keseluruhannya.

Saudara boleh bangkitkan, umpamanya, ini pendekatan naik minyak mendadak, cadangan siapa? Ini preskripsi IMF World Bank. Dan beri satu contoh. Jangan guna ini sebagai istilah politik biasa. Saya sedia tepat, soal krisis ekonomi 1997, 1998 dengan pakar ekonomi lain pun tak apa. Tetapi, dengan syarat, bagi ruang. Bahawa adalah satu fitnah besar seperti fitnah berterusan terhadap saya bahawa kita tunduk kepada prinsip IMF.

Saudara, tidak mengapa. Soalnya sekarang, kita beri satu kebocoran yang saya sebutkan tadi. PETRONAS umumkan, ada dividen khas selain daripada beberapa bilion tadi ni, dividen khas tahun ini kepada Kerajaan sebanyak RM6 bilion. Tak bolehkah saya ambil RM1 bilion untuk tampung, supaya kos minyak turun 50 sen?

Apa, bagi Ahli-ahli Yang Berhormat, berat sangat ke? Allah, bagaimanakah, takut bayangkan Kerajaan nak bagi RM1 bilion. RM1 bilion, untuk redakan masalah ini. Saudara percayalah, dua bulan, tiga bulan sekarang. Ini bukan soal penangan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat satu wadah. Ini soal, rakyat. Kalau kita nak teruskan kebijakan ekonomi, sekarang ini, apa yang akan berlaku ialah kemelesetan, pengangguran yang sekarang setengah juta akan mencecah hampir 1 juta orang. Ini beban kepada rakyat.

PERANTARA: Terima kasih, Dato’ Seri. Saudara penonton yang saya hormati sekalian. Demikian tadi berakhirnya segmen yang kedua dalam perbincangan kita pada malam ini. Kita akan bertemu lagi selepas pesanan iklan ini. Jangan ke mana-mana.

PERANTARA: Saudara penonton yang saya hormati sekalian, saudara sedang mengikuti Debat AgendaDaily. Dua pendebat yang di undang ialah YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Judul perdebatan kita pada hari ialah ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’. Kita sampai kepada pusingan yang kedua terakhir. Saya akan mengemukakan soalan ini, pertama kepada Dato’ Seri Anwar dan kemudian akan dijawab oleh Dato’ Ahmad Shabery Cheek.

Soalan saya ialah, Dato’ Seri, rasanya tidak perlulah jadi Perdana Menteri untuk membantu meringankan beban rakyat. Kenapa tidak sumbangkan idea bernas untuk tujuan itu pada masa ini. Tanpa perlu, misalnya cakap-cakap mengenai menukar Kerajaan. Silakan.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Terima kasih. Ini yang sebab saya ikut serta ni. Saya bukan Perdana Menteri, bahkan nasib saya satu dua hari ini, belum tentu ke mana. Tetapi saya memilih untuk hadir kerana saya rasa, Kerajaan juga, kawan-kawan saya dalam UMNO dan Barisan Nasional harus beri peluang untuk dengar.
Ini bukan satu soal yang partisan hanya khusus untuk Pakatan Rakyat. Kalau cadangan ini diterima dan dilaksanakan, kita akan menyokong tindakan mereka. Tetapi soalnya sekarang ialah apakah ada kesediaan pemimpin-pemimpin Kerajaan dengar dan cuba melaksanakan.

Saudara Johan, Profesor Arif, MIER, umpamanya menyebut, Februari 2006 naik 30 sen, inflasi bulan berikutnya 4.8%. Sekarang naik mendadak, belum sempat satu bulan, naiknya 8%. Jadi jangan sibuk perhati di Iran dan Venezuela, kita pun sudah menuju cepat ke arah itu. Bezanya dia harga minyak rendah, inflasi tinggi.
Kita, harga minyak tinggi, inflasi lagi tinggi. Ini bukan boleh sudah dikatakan populis atau tidak, saya bimbang kerana, kalau kita tidak membawa arah baru dalam pengurusan ekonomi negara, lebih baik, lebih mendekati prinsip ekonomi pasaran, lebih meyakinkan dengan pengurusan yang cekap, lebih bersih kepada daripada kebocoran, ketirisan dan rasuah. Lebih menghormati rule of law dan negara hukum. Ini semua akan menjejaskan.
Kita tewas dengan persaingan kita, dengan banyak negara. Jangan banding dengan Somalia dan Zimbabwe. Bandingkan dengan negara-negara yang dulu kita setara. Singapura, Taiwan, Korea Selatan dan negara di ASEAN sendiri. Mengapa kita tewas? Dari segi pelaburan asing, dari segi daya saing. Ini semua ada kesan bila kita ambil apa-apa kebijakan ekonomi.
Saya masih yakin, Malaysia dengan kekuatan yang ada, sumber, termasuk kekuatan dari minyak dari petroleum, itu mempunyai potensi yang besar. Dengan syarat pengurusan Kerajaan itu cekap dan bersih dan sedia mendengar dan mengorak cepat untuk bersaing dengan negara-negara lain.

PERANTARA: Terima kasih Dato’ Seri. Silakan Dato’.

DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Ya. Kalau tadi IPP dia salahkan Dr Mahathir, tapi selepas itu saya pernah mendengar Saudara Anwar cakap, Dr Mahathir pemimpin yang paling hebat. Pernah dia kata, kalau boleh dipintal awan di langit, akan ku pintal dengan nama Dr Mahathir dan Siti Hasmah pada waktu itu.
Ada orang kalau dia tak setuju, dia letak jawatan pada waktu itu. Tapi kalau saya katakan populisnya begini. Kalau sebelum pilihan raya, dia katakan bahawa, kalau memerintah sebelum pilihan raya nak turun bawah daripada RM1.92. Sepatutnya tidak timbul sekarang ini nak bercakap di bawah 50 sen sahaja daripada harga yang ada sekarang.

Kita mesti kembali pada asas. Ucapan ini dibuat berasaskan kepada ucapan sebelum pilihan raya. Sebelum pilihan raya. Kalau langkah awal, langkah seterusnya semakin murah semakin murah, di waktu harga minyak semakin mahal semakin mahal. Apakah kita bercakap harga minyak di Malaysia semakin murah semakin murah ertinya kita akan membebankan Negara dengan subsidi yang lebih tinggi dan ini sama sekali bertentangan dengan mana-mana prinsip ekonomi yang sihat.

Kalau kita tidak mengikut prinsip ekonomi yang sihat, kita akan menyebabkan Negara kita akan terus dibebankan dengan beban baru. Adakah kita hendak berhutang selepas ini? Dan kalau kita berhutang, dengan siapa kita hendak berhutang?
Kalau tidak dengan peminjam-peminjam atau ‘ah long-ah long’ antarabangsa. Sebab itulah kalau dikatakan tentang menggunakan wang PETRONAS, misalnya. Tahu tidak, daripada apa yang Kerajaan dapat sekarang ini, sebenarnya daripada keuntungan PETRONAS Berhad. Jangan kita cakap tentang PETRONAS Group atau Kumpulan PETRONAS yang termasuk Cari Gali, PETRONAS Dagang dan sebagainya yang melibatkan saham-saham orang lain.

Daripada keuntungan PETRONAS itu, sebenarnya yang telah diberi kepada Kerajaan ialah sebanyak 91% telah diberikan. Apa lagi yang hendak kita ambil dari PETRONAS selepas ini? Dan kita kena ingat bahawa PETRONAS kuat dan maju sekarang ini dan selama ini, kerana siapa? Kalau tidak kerana Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.
Apakah kita hendak nafikan kehebatan yang dibuat oleh PETRONAS selama ini adalah kerana dorongan yang diberikan oleh Kerajaan. Kita tidak bebankan PETRONAS, kita benarkan PETRONAS untuk melabur kembali dan kita tidak mengambil segala-galanya yang ada pada PETRONAS.
Kalau dikatakan penyalahgunaan kuasa, selalu saya beritahu tadi, ianya kalau kita terpisah daripada negara-negara lain hanya negara kita saja yang minyaknya naik, boleh kita katakan demikian. Tetapi kita menerima realiti dan hakikat, masalah ini adalah masalah global yang tidak boleh kita lari.

PERANTARA: Kita sampai kepada pusingan akhir, saya mempersilakan Dato’ Seri Anwar untuk membuat penggulungan. Kita ada waktu yang cukup terbatas, kira-kira satu setengah minit. Silakan.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Terima kasih. Di antara negara pengeksport minyak, harga minyak di Malaysia keterlaluan tinggi. Itu faktanya. Tidak saya mahu bandingkan dengan Venezuela. Itu yang pertama.
Kedua, harga minyak memang tidak menentu. Tetapi berapa ramai kajian dan pakar minyak menyebut sudah ada break point. Atau besar kemungkinan harga minyak itu menetap dan mula menurun.
Ketiga, kita mengemukakan cadangan ini, gagasan ini dengan penuh tanggung jawab. Kerana kita mahu ekonomi kita kukuh, kerana saya yakin di bawah pimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, belum tentu sampai bila, kalau diteruskan dengan dasar yang ada sekarang, dalam tempoh dua bulan atau tiga bulan lagi, kedudukan ekonomi kita akan jauh lebih parah daripada kedudukan yang parah sebelumnya. Ini kenyataannya. Saudara tidak setuju, tidak apa.
Tapi saya minta teliti dengan baik dan objektif. Sebab itu saya komited, Insya Allah, kita dalam Pakatan Rakyat akan terus menjelaskan kepada rakyat dan saya sebab itu, saya tidak mahu hak saya dinafikan dan untuk meneruskan agenda ini walaupun Saudara Shabery memilih untuk menyerang secara peribadi, saya tidak mahu jawab. Kerana ini bukan ruangnya. Kerana ruang dia di RTM masih banyak lagi.
Dan saya tidak mempunyai ruang selepas ini. Tetapi percaya, fitnah ke, khianat ke, ada batasnya. Saya diberikan sebaik ada pilihan, Insya Allah saya akan bertanding dalam pilihan raya dalam masa sesingkat yang mungkin.

PERANTARA: Saya minta Dato’ Ahmad Shabery.

YB DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Percayalah. Kalau kita perhatikan bahawa, Saudara Anwar tidak berubah seperti dulu. Dalam sejarah yang banyak memberi sumbangan kepada Negara untuk membina PETRONAS daripada apa yang ada sekarang, sebaik-baiknya kepada satu syarikat yang mencapai tahap yang begitu tinggi sekali.
Kalau dahulu, orang yang membina PETRONAS seperti Tun Razak, sudah ditentang. Tun Mahathir yang mengembangkan PETRONAS sampai ke peringkat dunia, ditentang juga. Kita selalu sebutkan bahawa pada waktu sekarang Pak Lah tidak mengambil lebih daripada apa yang sepatutnya. Maka tidak ada sebab untuk kita menentang.
Dan apakah kita nak sekarang ini, dalam keadaan sekarang ini, kita terus hendak mainkan sentimen-sentimen mengajak orang ke jalan raya sebagaimana yang dibuat dalam tahun 1974 dahulu, akan menyelesaikan masalah kita. Dan kita ingat, kalau ingin kita terus menyebabkan menekankan supaya wang yang banyak diambil daripada PETRONAS misalnya, untuk membantu mensubsidi negara kita, maka kita akan katakan bahawa kita membenarkan ia menjadi semakin miskin dan mungkin kita hendak membenarkan orang lain akan mengambil PETRONAS satu masa nanti.

Percayalah dalam soal ini, kita lihatlah dalam negara-negara lain, Malaysia adalah negara yang terbaik. Growth atau pertumbuhan kita kekal ke angka 6% setahun lebih baik daripada banyak negara yang ada di sekitar sini. Saya percaya, bahawa perdebatan sebegini rupa adalah bukti keterbukaan Kerajaan kita yang ada sekarang yang tidak mungkin diperoleh sewaktu Saudara Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, satu ketika dahulu.

PERANTARA: Terima kasih Dato’ Ahmad Shabery. Demikian tadi saudara penonton yang saya hormati sekalian, berakhirnya Debat AgendaDaily dengan membawa tajuk ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan yang bersedia berdebat dengan isu ini. Kepada kedua-dua wakil pendebat Tan Sri Datuk Dr Nordin Kardi dan Saudara Zulkifli Sulong, saya ucapkan terima kasih. Semoga kita mendapat manfaat dengan pertemuan ini. Saya akhiri dengan Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat malam.

Monday, July 21, 2008

masalah..problem..mcm mana ni?

gua punya tajuk masalah.apa itu masalah?mcm mana masalah tu blh wujud?kita mintak ke?atau masalah tu saja2 je dtg kat kite..masalah adalah satu perkara, hal, atau apa2 aje yg buatkan kita rasa tension, tertekan dan sebagainya..gua pun tgh bermasalah nk tulis definisi masalah ni.huhu..x bukak kamus, mcm pandai sgt..semua org ada masalah, setiap hari, sama ada besar atau kecik..matematik pun satu bentuk masalah..apa perlu kita buat utk menghadapi masalah?kita senyum masalah akan pergi?atau kita lupakan?atau kita fikirkan cara menghadapai masalah?klu masalah matematik bleh la fikirkan cara nk selesaikan masalah..atau tiru je kwn2..tp klu real problem mcm mana?cthnya, masalah rumahtangga.adakah kita perlu tiru rumahtangga kwn kita jugak??gua rasa tak..huhu..kita perlukan satu mekanism atau pendekatan mcm mana nk atasi masalah..gua yakin dan percaya, lu org pun mesti setuju bhw Tuhan wujudkan masalah dan problem utk kita sbg ujian..nk tgk mcm mana kite handle..ssabar ke tak, tahan ke tak..mana ada org xder masalah kat dunia ni..org gile je xder masalah..tu pun dia akan membuat masalah pada org lain..huhu..gua bkn apa, br je gua dgr masalah member2 gua..mcm2 beb..ada masalah nk kawen, masalah duit, masalah member, masalah pelajaran, masalah itu, masalah ini, masalah politik..huhu..menarik kan?gua ni pon ada masalah..mcm2 beb..tp xper, mcm2 cara nk settlekan masalah tu..yg penting share2 la ngan sesiapa kita percaya..masalah akan abes bile kita dah mati..no more problem..tp masalah gak klu amal x cukup..huhu..pikir2 la same2..

Friday, July 18, 2008

tazkirah jumaat



Date : 18/7/2008 (Friday)

Sedikit renungan..

KEDUNIAAN YANG MERUGIKAN AKHIRAT

Bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana melahirkan kita ke alam dunia yang fana ini. Kita dihidupkan dan insyallah akan dimatikan dengan izinNya. Kita dipinjamkan jasad dan nyawa untuk beberapa ketika yang diizinkan yang kita sendiri tidak mengetahui kecuali diriNya. Hidup kita mengikut apa yang disabdakan oleh Baginda Rasul sebagai seorang pengembara yang sedang dalam perjalanan ke suatu destinasi yang jauh dan memerlukan banyak bekalan. Tentunya dalam perjalanan itu banyak halangan dan gangguan yang boleh menjejaskan matlamat untuk ke destinasi. Pengembara yang bijak tidak akan terpengaruh dengan keseronokan dan kebahagiaan sementara yang ditempuh dalam perjalanan kerana dia tahu bahawa dia sebenarnya adalah warga satu alam lagi. Manakala pengembara yang lupa daratan akan menikmati sepuas-puasnya apa sahaja yang ditempuh; seolah-olah iniah dunianya sehingga terlupa matlamat asal untuk menuju ke dunianya yang sebenar. Mereka terpedaya dengan kemanisan dunia dan menyangkakan apa yang dipungut itulah BEKALAN.

Sebagai seorang pengembara, kita seharusnya bijak melayarkan bahtera ke arah yang betul mengikut kompas yang dipiawaikan oleh Rasul. Untuk sampai ke destinasi AKHIRAT, pungutlah bekalan sebanyak mungkin. Anggaplah segala keseronokan duniawi sebagai BEBAN yang boleh menjejaskan perjalanan ke sana. Ingatlah pesanan orang tua : Kita sebenarnya adalah WARGA AKHIRAT - tempat yang kekal abadi; sementara dunia ini ialah rumah tumpangan sementara yang penuh kepalsuan dan tipu-daya. Oleh itu kita mestilah bijak memilih mana satu BEKALAN dan mana satu BEBAN. Barangan yang dikategori sebagai BEBAN akan menyusahkan perjalanan ke akhirat manakala barangan BEKALAN akan berfaedah untuk kehidupan di sana. Kutiplah bekalan sebanyak mungkin dan hindarkan memikul beban yang menyulitkan perjalanan.

Ingatlah: "Dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam. Hasilnya kita akan kecapi di Akhirat nanti."

"Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati keesokannya." - Hadith

Ramai mentafsirkan Hadith ini dari segi keduniaan iaitu kerja bersungguh-sungguh kerana kita akan hidup lama di dunia. Tetapi makna yang tersirat ialah kita hidup lama lagi di dunia jadi kenapa nak bekerja beria-ia mencari pendapatan lebih sedangkan masa banyak lagi. Tetapi dalam hal akhirat, kita akan mati esok - jadi terpaksalah buat persiapan dengan lengkap dan berhati-hati kerana kita akan mati esok. Tafsiran begini jarang diterangkan oleh umum terutama pemburu harta di dunia.

Islam tidak menghalang umatnya mencari harta-benda dan kekayaan; asalkan ia tidak menghalang dari melakukan pengabdian kepada Allah. Malahan orang Islam yang kaya adalah amat diperlukan kerana ia adalah sumber ekonomi negara dan sebagai juruwang bagi saudaranya yang miskin dan memerlukan bantuan. Orang kaya adalah pembantu orang msikin, orang kuat adalah pelindung golongan yang lemah, orang alim sebagai sumber cahaya dan ilmu kepada orang jahil. Begitulah golongan ini saling bantu-membantu antara satu dengan lain. Apa yang Islam larang ialah meletakkan keduniaan sebagai sasaran utama dalam hidup melebihi hal-hal keakhiratan dan pengabdian kepada Allah. Sekiranya keduniaan diberikan keutamaan dalam hidup bererti konsep syahadahnya terjejas. Intipati syahadah ialah mengaku dengan sebenar-benar pengakuan bahawa Tiada lain yang lebih besar selain Allah dan pengakuan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah. Ini bererti tumpuan pengabdian hakiki ialah Allah dan BUKANNYA harta-benda dunia. Jika kekayaan dunia dijadikan asas hidup berertilah kita telah membesarkan dunia daripada Allah sendiri; atau dalam kata-kata lain kita bertuhankan harta bukannya Allah. Di sinilah terpesongnya aqidah orang-orang kebendaan.

Sangat beruntunglah mereka yang mempunyai harta kekayaan yang menjadikannya sebagai modal untuk akhirat. Wang ringgit dipertaruhkan sebagai saham akhirat dengan bersedekah, mendirikan masjid, membantu fakir miskin dan anak yatim, menyelesaikan masalah dan keperluan jiran dan masyarakat sekeliling. Mereka inilah yang berjaya menukar harta menjadikan sebagai pahala atau membeli akhirat dengan dunia. Sebaliknya amat rugi mereka yang mempunyai wang ringgit dan harta kekayaan tetapi membelanjakan untuk perkara-perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah untuk akhiratnya; atau lebih dahsyat jika digunakan untuk kerja-kerja maksiat dan hiburan semata. Di akhirat akan ditanya Allah ke mana wang ringgit kita dibelanjakan dengan begitu halus dan tereperinci.

Dalam Al-Quran banyak sekali ayat yang menjelaskan bahawa kehidupan akhirat adalah lebih penting dan lebih kekal. Oleh itu sayugia bagi kita melebihkan kehidupan akhirat daripada dunia. Kehidupan di dunia hanya dalam tempoh terhad; jarang-jarang melebihi 90 tahun; tetapi akhirat tiada batasan waktu. Sudahlah begitu diriwayatkan satu hari di akhirat menyamai 1000 tahun di dunia. Jadi berapalah nilai umur dunia dibandingkah akhirat? Orang yang bijak tentunya berpandangan jauh iaitu untuk kehidupan akhirat. Ada di antara orang-orang alim dan para wali sangat mengambil berat tentang pengisian waktu dengan ibadat. Mereka tidak rela membuang masa begitu sahaja. Setiap saat bagi mereka adalah berharga dan mesti diisi dengan sesuatu ibadat supaya tidak terbuang begitu saja. Bagi mereka, setiap nafas yang turun naik akan dipersoalkan. Pada sebelah malam, mereka menggunakan masa untuk beribadat. Masa tidur mereka amat sedikit.

Sebaliknya mereka yang asyik mengumpul harta dunia untuk dunia adalah berfikiran sempit kerana tidak menjangkau alam abadi di akhirat. Ahli dunia saban masa memikirkan bagaimana nak mengumpul harta benda hingga menjadi kaya. Walaupun sudah kaya, mereka masih berusaha lagi supaya menjadi bertambah kaya; tanpa sedikit pun memikirkan bagaimana harta yang ada pada mereka hendak diinfaqkan di jalan Allah supaya hasilnya dapat dituai di akhirat kelak. Orang kaya begini pada hakikatnya adalah miskin kerana masih banyak memerlukan sesuatu.

Semasa perjalanan Israk Mikraj, Allah menunjukkan satu golongan yang menanam gandum dan kemudian menuainya. Baru lepas ditanam, terus berbuah dan dituai; begitulah seterusnya. Inilah ibarat orang yang membuat kebajikan sentiasa tak putus-putus menerima ganjaran pahala yang banyak di sisi Allah. Balasan pahala ini akan dinikmati kebahagiaannya di akhirat kelak.

Dinukilkan dalam sebuah kitab, seorang raja dihadiahkan orang sebuah piala minuman bertatahkan permata fairuz. Piala itu sangat cantik dan amat berharga. Raja sangat gembira menerima hadiah itu. Apabila seorang hukama datang berjumpa dengannya, raja itu bertanya kepadanya mengenai piala tersebut. Hukama itu berkata, "Aku tidak lihat apa-apa dari piala itu kecuali bala dan fakir." Raja tercengang dan berkata, "Mengapa kamu berkata begitu?" Hukama itu menerangkan, "Kalau piala itu pecah, sudah tentu ia tidak boleh dibaiki lagi dan hati menjadi susah atas bala yang menimpa. Kalau ia dicuri orang, tuanku akan bersedih atas kehilangan itu dan berasa seperti fakir. Bahkan sebelum tuanku dapat piala ini, tuanku tidak ada rasa apa-apa bahkan senang dengan keadaan begini, tetapi selepas ada piala ini, jika berlaku kehilangan tentu tuanku berasa amat sedih." Selang beberapa bulan, piala yang disayangi raja itu pecah berkecai. Raja itu menjadi sangat sedih dan hampa atas kehilangan piala itu. Dia kembali berjumpa hukama itu dan mengaku atas kebenaran kata-katanya. Kisah ini jelas membuktikan bahawa harta dunia yang kita sayangi tidak memberi apa-apa makna di dunia kecuali kesusahan dan kemiskinan. Bahkan dirasakan amat berat untuk meninggalkan harta itu semasa roh hendak kembali berjumpa Allah.


Sebagai kesimpulannya, kita hendaklah mempunyai pendirian berkaitan dengan penumpukan harta kekayaan. Yang lebih penting bagi kita ialah adakah kita akan diterima oleh Allah di akhirat kelak sebagai hambaNya yang soleh. Begitu juga adakah Nabi Muhammad saw akan mengaku atau mengiktiraf kita sebagai umatnya. Jika Allah tak mengaku hambaNya dan Nabi Muhammad saw tak mengaku kita sebagai umatnya, ke mana lagi kita nak pergi ketika itu? Ke mana tempat kita nak mengadu nasib? Di dunia bolehlah meminta bantuan dari kaum kerabat dan sebagainya tetapi di akhirat siapa lagi selain Allah dan rasulnya.. Akhirnya sama-sama kita meminta taufiq dan hidayat semoga kita berada di landasan sebenar sebelum kita dipanggil oleh Allah. Kita pohonkan keselamatan dan taubat di atas dosa-dosa kita dan mudahan kita kembali menemuiNya dalam keadaan Allah meredhai kita, insyaallah..