KALENDER

Wednesday, February 20, 2008

The way

Kita disogokkan dengan bermacam-macam cerita sensasi.Isu-isu nasional sehingga la isu-isu antarabangsa.Untuk coretan pertama aku,aku mahu berkongsi pendapat aku tentang masalah apa yang disifatkan barat sebagai "Islamafobia".Mungkin aku bukanlah selayaknya berkongsi isu ini,tetapi sebagai orang Islam,aku juga terpanggil untuk meluahkan pendapat.Banyak faktor-faktor dalaman dan luaran yang menyumbang hal ini berlaku.Apa yang dapat disifatkan adalah "Agenda untuk menghancurkan dan memusnahkan Islam".
"Firman Allah s.w.t antara lain bermaksud dan tidak sekali-sekali orang-orang Yahudi dan Nasrani meredhai kamu (Orang-orang Islam) sehinggalah kamu mengikuti jalan mereka".
Ayat yang di atas jelas sekali merupakan "amaran" ataupun "gambaran" daripada Allah s.w.t tentang musuh umat Islam, dari mula Islam itu datang, sehinggalah hari kiamat.Mungkin kita boleh berfikir sejenak bahawa benarlah kata Allah s.w.t. itu.Tiada kalam yang benar melainkan kalam Allah s.w.t.
Ini juga merupakan ujian kepada setiap umat Islam seluruhnya, tanpa satu pun pengecualian.Kita yang hidup di muka bumi ini sering kali menyalahkan orang lain, tanpa merujuk kepada kesalahan diri sendiri.Berpuas hati dengan apa yang ada pada diri sahaja tanpa memikirkan apa yang berlaku pada orang lain.Walhal, banyak perkara berkaitan dengan Al Quran dan As-Sunnah tidak kita ikuti.Sebaliknya, kita lebih gemar menggunakan akal fikiran kita yang lemah sebagai panduan dalam membuat pandangan dan arahan.Kita lupa bahawa semua yang berlaku merupakan ketentuan Allah s.w.t atau dalam kata erti yang lain Qada' dan Qadar.Kita sebagai umat Islam gagal dalam bersatu di bawah satu pemikiran.Mengapa perlu ada perselisihan sehingga membawa kepada kematian, walhal yang rugi juga umat Islam.
Seperti yang aku katakan tadi, bahawa aku tidak mempunyai ilmu, tetapi ada yang ada akan aku sampaikan dengan cara aku sendiri.Wallahu 'alam.