KALENDER

Monday, March 30, 2009

PRK-1 MP seat, 2 DUN seats

Umum tahu semalam adalah hari penamaan calon bg Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai.Semuanya berjalan serentak dan tarikh membuang undi pon serentak.Kerusi Bkt Gantang calon PAS vs BN vs Seorang Bebas. Bukit Selambau PKR vs BN vs 13 calon Bebas dan Batang Ai PKR vs BN sahaja.

Gendang sudah dipalu dan apa lagi??Rancak la pasni berkempen.Kena tukar siaran berita lagi la aku pasni.Tgk Astro Awani jela..TV-tv kerajaan dan Media Prima x best tgk time2 ni.haha..adios.

Tuesday, March 24, 2009

Profil YB Ir. Nizar


Mengenali Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar.

Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.

Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

Merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak) dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri.

Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).

Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh sedikit berbahasa Cina dan Tamil.

*di copy n paste dari blog YB Khalil Lim

Kenali Calon-calon UMNO


Psstttt..ni bukan blog pro umno,jauh sekali.Saje nk usha2 calon2 yg nk bertanding kerusi tertinggi UMNO..jom kita tgk..




Of course menang tanpa bertanding dia ni..PEKAN,parlimen aku..ntah le nasib badan..



-vs-



-vs-



Jawatan KETUA PEMUDA..

dan jawatan naib presiden:





JAWATAN UNTUK TIMBALAN:

1)Muhyiddin Yassin
2)Muhammad Mohd Taib

Tgk jer la apa jadi nanti...

MALAS

Penyakit biasa manusia.Entah la kenapa,mesti ada dalam diri kita bila sampai satu tahap.Hujan pulak tu,lagi la MALAS.Tak ada motivasi langsung.Kerja malas,nak update latest story pun malas.Politik,sukan,isu-isu semasa.Tunggu la sampai aku RAJIN..

Tuesday, March 10, 2009

Anti PPSMI

Huh..ribuan manusia@rakyat malaysia di jalanan membantah perlaksanaan PPSMI.Aku seperti biasa gagal hadiri demo seperti tu.Ada je yg menghalang.Abah aku mintak aku blk!takpe la,keadaan abah aku lebih penting buat masa ini.Dari gmbrn jelas geng2 aku (Ell,member sekolah dan Din,member uia),memang sempoi..dua2 reformist kental..haha..korg patut berjumpa..aku suggestkan..haruslah@wajiblah si hishamuddin mendengar suara org ramai,bkn mendalik dolak dan memutarkan keadaan dan salahkan pembangkang.Memang sudah tugas pembangkang menyuarakan apa yg x betul supaya jd betul,jangan melarat2..dh jd kudis,payah ar bro.jgn takut betulkan keadaan,supaya anak bangsa kita x lupa jadi diri mereka.mana perjuangan umno yg memartabatkan hak org2 melayu???adios,amigos..

Wednesday, March 4, 2009

sidang bawah pokok..

Best,menarik..Sidang ADUN bwh pokok.Azalina kata x bertamadun.Hehe..may be dia komen mcm tu sbb dh ada dewan tp still mcm zaman dulu kala.Paper lain ada kata mcm main pondok2.Haha.Yela,dewan kena kunci,buat jela kat mana yg boleh.Zaman Nabi pun ada perjanjian di buat di bwh pokok.Sejarah tu.Gua bkn apa,dh lalok dh ni,saje nk tulis entri pasal politik semasa.Selain minat bola,gua minat pada politik.Gua saksikan skrg polis semakin hebat,bertambah keje diorg.Setiap hari beribu2 laporan polis dibuat.Ntah2 masuk bakul sampah je.Dan tak mustahil polis akan jd satu pelindung kpd golongan2 tertentu utk terus berkuasa.Jgn jd negara polis sudah..

Monday, March 2, 2009

lama tak menaip

Lama dah aku tak menaip..takde apa yg menarik utk dikongsi bersama.Ada hal2 yg menarik perhatian aku dan ramai org,tp aku MALAS.Penyakit biasa org kita.Tapi aku ada something to share with.Tunggu la lain kali,aku akan berstory berserta gambar.