KALENDER

Monday, June 30, 2008

malaysia hari ini

well..well..well..arini 30.6.2008, pukul 1545, hari isnin..monday blues..gua nk coretkan keadaan politik malaysia skang ni..gua tgk dh agak teruk dh ni..dh makin tak stabil.apa puncanya?byk sbb2 punca benda2 ni semua, nk huraikan satu2 pun x abes..berita mlm smlm agak mengejutkan aku..anwar ibrahim skali lagi di tuduh atas kesalahan meliwat.nauzubillah..tp masih lagi diperingkat siasatan polis.pengadu (mangsa) baru membuat laporan polis dan masih lagi dlm siasatan.anwar kini berada di kedutaan Turki (setelah puas aku membaca dari semua sumber media)..

well, bkn sesuatu yg baru dlm politik malaysia ataupun ke atas anwar sendiri..tahun 1998 telah berlaku sesuatu berita yg lebih mengejutkan ketika itu, berbanding skang..at the end of the day, anwar dibebaskan atas tuduhan liwat, tp bersalah atas tuduhan2 lain..gua ni dari dulu memang pro pembangkang..ni semua adalah agenda politik org2 tertentu..kalau nk tgk gaya la, mmg mengarut..well, kita tgk la sapa btl sapa salah..org yg salah mmg xkan lama..akan menderita juga akhirnya, klu tak kat dunia, kat akhirat kelak..berat tuduhan mcm ni..gua pun sesal la ngan keadaan skang..sungguh memalukan..dh xder harga diri ke org m'sia skang ni..taubat la, sblm mati..dh mati, tunggu je la hukuman Allah..

kalau la btl ni satu lagi konspirasi politik nk naya org, mmg tak layak idup kat dunia ni pada sapa2 yg lakukan..apa gila sgt ke ngan harta dan pangkat dunia?berbanding ngan pahala dan syurga Allah?mmg menyimpang btl dari konsep pemimpin yg diamalkan Islam..ish..ish..gua rasa geram btl la..

orait la, pada sapa2 yg bersalah tu, bwk2 la bertaubat..dlm kes ini, hanya Allah sahaja yg tahu..sesama Islam pulak tu..nauzubillahi min zalik..astaghfirullahal 'azim..

Friday, June 27, 2008

dipetik dari Harakah


MP berbasikal sebagai duta PM rasmikan gaya hidup berjimat
Adnan Ibrahim
Fri | Jun 27, 08 | 10:51:49 am MYT
Poi pokan naik basikal
tongah hari tongah paneh


Bait lagu nyanyian Ito Blues Gang bukanlah mengambarkan budaya berbasikal masyarakat kota masa kini tetapi sekurang-kurangnya ia memberi gambaran bahawa kesediaan empat Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) berpeluh berbasikal ke sidang Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin, Tian Chua (Batu), N. Gobalakrisnan (Padang Serai) dan Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan) dilaporkan masuk Malaysian Book of Record sebagai Ahli Parlimen pertama naik basikal ke Parlimen.

Tindakan keempat-empat mereka itu berbasikal ke Parlimen secara tidak langsung merasmikan upacara perasmian untuk melancarkan cara hidup berjimat yang lupa dirasmikan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menyeru rakyat ubah gaya hidup.

Pada kebiasaan acara perasmian Perdana Menteri, akan menepung tawar, memotong riben, memandu jengkaut, traktor dan lain-lain tetapi kenapa dalam perkara besar untuk mengubah gaya hidup tidak diatur sedemikian rupa bagi memberi pendidikan kepada rakyat.

Sepatutnya berbasikal ke Parlimen dilaksanakan Abdullah bersama pemimpin kanan mereka untuk dijadikan acara perasmian sebaliknya telah didahulukan oleh empat Ahli Parlimen KeADILan yang seolah-olah bertindak sebagai duta Perdana Menteri bahkan dapat masuk dalam rekod.

Mereka yang dapat sanjungan ini, rupanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, pula mengeji.

Beliau sifatkan perbuatan itu sebagai kebudak-budakan yang langsung tidak mencerminkan tahap keupayaan pemikiran anggota Parlimen.

Katanya, mereka cuba mencari publisiti murahan sedangkan sebagai anggota Parlimen banyak lagi tindakan lebih matang boleh dilakukan bagi membantu kerajaan berhadapan dengan fenomena kenaikan harga minyak global.

Bagi negara maju di Eropah dan negara membangun Asia Timur, berbasikal ke pejabat menjadi amalan yang sudah biasa dan bukanlah satu pandangan yang aib menggambarkan kehidupan peribadi miskin sebagaimana pandangan mata kasar rakyat Malaysia.

Sesungguhnya berbasikal di Malaysia memalukan seperti lagu Ito tadi berbasikal ke bandar kerana tidak berkemampuan disebabkan bekerja menorah getah. Sambungan daripada rangkap diatas tadi:

apo dayo motong gotah
apo nak dikato
kalau buleh nak jadi cikgu sekolah kek kolo pilah


Oleh yang demikian tindakan keempat-empat ahli parlimen tersebut boleh memecah kebuntuan penyakit keegoaan masyarakat supaya dapat melihat berbasikal itu bukan kerana kemiskinan tetapi merupakan jentera paling jimat masa kini dan tidak mencemarkan alam sekitar di samping melahirkan rakyat yang cergas dan sihat.

Bagaimanapun empat ahli parlimen itu belum berjaya untuk melahirkan matlamat sedemikian rupa walaupun sudah ada ke arah tersebut kerana mereka bukanlah pemimpin yang sepatutnya menjadi tauladan sebagaimana slogan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepimpinan melalui tauladan.

Bagi mencapai cita-cita berbasikal menjadi amalan, kerajaan sepatutnya kena bertindak terlebih dahulu, menjadi contoh kepada rakyat.

Mahligai Abdullah dengan bangunan Jabatan Perdana Menteri tidak berapa jauh. Abdullah boleh menunjukkan contoh suspen kepada kakitangan dan rakyat dengan tiba-tiba muncul berbasikal ke pejabat, sebagai langkah pengajaran.

Perbuatan tersebut tidak bermaksud menyuruh Abdullah berbasikal setiap hari tetapi memadai beliau menjadikan amalan baik kerana sekurangnya Perdana Menteri dapat menjiwai rakyat bawahan yang miskin dan berbasikal.

Jika amalan tersebut berterusan bolehlah rakyat anugerahkan pemimpin berjiwa rakyat. Kalau dahulu beliau turun padang dikatakan berjiwa rakyat tetapi ia tidak lebih daripada lakonan seperti berlakon naik basikal tadi.

Sahabat Rasulullah s.a.w yang memimpin kerajaan dahulu bukan berlakon naik basikal tetapi memang kehidupannya sama dengan rakyat biasa sehingga mereka menjiwai perasaan rakyat yang hidup miskin.

Dalam Sahih Bukhari ada menyatakan ketika Rasulullah saw pulang daripada mendapat wahyu pertama, Khadijah berkata: "Seseungguhnya anda itu betul-betul menyambungkan kekeluargaan, suka menanggung beban orang yang sedang dalam kesukaran, memberi pertolongan kepada orang miskin, gemar menghormati tetamu dan menolong orang yang ditimpa bencana sama ada diperlakukan secara tidak adil oleh orang lain."

Falsafah pemimpin Islam berlumba menjadi paling miskin daripada rakyatnya yang miskin bukan berlumba menjadi paling kaya daripada rakyatnya yang kaya.

Abu Bakar, Umar dan lain-lain tidak melakukan demand untuk diri sendiri sebagai pemimpin sebaliknya memastikan rakyat terlebih dahulu menikmati kehidupan sempurna barulah beliau merasa selesa untuk hidup senang.

Diriwayatkan Ibn Sa'd, pada tahun kelaparan pemerintahan Umar bahawa unta disembelih lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga kepada Umar.

Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu Umar bertanya: "Dari mana diperolehi ini?". Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata 'Umar: "Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa." Dalam riwayat al-Tabari, Umar juga tidak makan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai terlebih dahulu dapat memakannya. Umar mengambil sikap sedemkian kerana barangan makanan berkurangan di pasar.

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. Umar enggan makan bahkan berkata: "Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?".

Bersediakah Abdullah mengambil Umar sebagai idola beliau untuk diterapkan dalam pemerintahannya?

Allah berfirman dalam surah al-Isra ayat 26-27: "Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya." Selain itu kerajaan juga kena meningkatkan prasarana laluan berbasikal dan pejalan kaki. Prasarana jalan ibu kota dan peraturan tidak memberi keutamaan kepada penjalan kaki dan berbasikal kerana itu kenderaan tidak menghormati pihak yang kecil sehingga mengancam nyawa.

Koridor jalan mesti selesa untuk kemudahan laluan basikal supaya tidak menganggu kenderaan lain dan perasaan penunggang lebih tenteram berbasikal tanpa rasa takut dirempuh kereta atau kenderaan berat. - mns_

Tuesday, June 17, 2008

no title..

gua muncul lagi arini..selasa 17.6.2008..gua dlm opis lagi ni..menyiapkan keje yg x braper ada..sambil2 tu layan je lagu2 metal..wah, lama dh tak membingitkan gegendang gua ngan lagu2 irama ‘kekerasan’ mcmni.metalicca ada, xpdc ada, butterfingers ada, search, wings dll..huhu..skali skala layan head- banging best gak..gua bkn apa, sejak jd mat bunga (full time lover) ni, jarang dh layan..skali skala tu ada gak..layan beb!!klu tgk concert lg la puas..skali lg gua terbang ke alam dahulu kala..zaman2 gua tgh naik giler ngan dunia metal ni..tp gua metal yg ada prinsip dan falsafah..kahkah..

skang gua dh slow sket..hehe..ala, tak agresif pon dari dulu, juz layan jer..hehe..muzik ni berubah2..citarasa berbeza..takkan dh tua nk selitkan unsur2 metal lagi..metalicca pun bile dh tua nyanyi lagu slow2 jer..xpdc pun sama..tapi itu la kita, dh makin tua..bkn makin muda..putaran idup mmg mcm tu..tak bleh ubah..tup!tup!dh tua, dh sampai ajal..tak leh lari..

gaduh mcm mana pun, dunia ni persinggahan..nothing kekal..dh mati, harga minyak RM10 seliter pun x bising dh..hehe..apa persiapan kita utk mati??ibadah?amal jariah?pikir2 la sama2..sblm tido tu cek blk apa yg dh kita buat..

eh, gua bg sedikit ingatan..wah, asalkan ada yg sudi membaca, dpt la sikit sebyk..bkn mengharap, but nothing else gua bleh buat..tulis jer la sket2 jer..harap ada yg baca dan dpt diingatkan..manusia ni pelupa, bkn org melayu je mudah lupa..

gua perasan dan gua yakin lu org jugak perasan dunia dh tak braper stabil..ada je masalah setiap hari..bencana alam, peperangan, pergaduhan, pencemaran dll membawak maksud apa ek??tak sedar lagi taktau la…moga2, kita digolongkan dikalangan mereka2 yg dlm kesedaran dan keinsafan..adios..

Monday, June 16, 2008

goin' nowhere


Gua xder paper nk story..rutin gua mcm biasa je..ujung minggu settle mcm tu jerk..haha..tp skang musim euro2008 kan, so mlm dipenuhi ngan sengkang mata utk tgk bola..tp selected jer..hehe..tak tgk semua, tgk yg ada nama-nama besar dlm bolasepak..cthnya spain, france, Holland dll..well, I like beautiful games.cthnya Sweden vs Spain aritu..fuhh, marvelous.. debaran sampai ujung game..mcm tu la bila dh hantu bola..atau dlm iklan sebut kaki bola..hehe..mana tah dtg semangat nk tgk bola..pelik jugak kdg2, bgn 2-3 pagi semata2 nk tgk bola..klu time student dulu, tak pulak nk bgn pagi2 semata2 nk stadi..mcm tu la..ada mcm2 org dlm dunia ni..aku punya sikap mcm tu..ada yg taktau apa yg sedang berlaku dlm dunia, ada yg tak kesah..ada pulak yg terlebih kesah..mcm2 ragam..gua slalu perati org2 dan gelagat2 manusia..pastu komen2…hehe..syok jugak la wat mcm ni.. sbb kdg2 kita bleh compare dgn diri sendiri..mcm tu ke kita?well, it’s good for our own evaluation..kene tgk diri br bleh berubah kan??klu tak sedar2 gak, susah la..

Eh, gua dh melalut jauh ni..td story pasal bola, tup..tup..pegi kat mane2 tah..hehe..well, bg peminat2 bola, teruskan tgk bola, jgn betting dh la ..hehe..gua pon dh lama tak men futsal ni..gian pon ada..aduhaii..pas tamat ngaji ni, mcm2 aktiviti dirindui…antaranya dalah riadah pd waktu ptg..well, idup mesti berjalan, klu terpeuk dlm uia jer pun x guna, sapa nk bg duit..so skang dh kene la carik duit sendiri..susah gak nk dpt duit sendiri..mcm2 halangan ada..lg skali gua melalut jauh..huhu..

Dh la, gua dh rasa sebal kepala otak nie..tu yg takder arah tujuan aku menulis..syok sendiri..well, adios amigos..see ya!!

Friday, June 13, 2008

minyak oh minyak

Hari ni Jumaat, penghulu segala hari.dh lama gua tak mencoret.agak bizi menguruskan keje yg tak braper byk.mcm2 yg berlaku stakat kat m’sia.gua pon rasa bahangnya.antaranya isu kenaikan harga minyak kat m’sia.kat pasaran dunia mmg dh sedia naik saban hari..kat m’sia kali ni naik jd RM2.70 seliter bg petrol dan RM2.58 bg diesel..mcm kene rasuk org2 m’sia bila dpt tau harga minyak naik, pakat ramai2 isi minyak sblm pukul 12 mlm, sbb keesokkan harinya harga baru pulak..waktu tu, gua baru blk dari opis, naik motor..gua tgk pahal jem smcm jer ni..tiba kat stesen minyak shell kat JJ wangsa maju, ambik kau, beratur kete nk isi minyak..hehe..sampai ke mlm..tu la dia penangan minyak..pastu, sampai skang ni org dok bising lagi pasa minyak, dh dkt 2 minggu dh gua rasa..ptg ni ada demo dr kg baru ke klcc..gua keje tak bleh pegi beb!!

Org ramai marah bkn apa, pasal minyak naik, harga sume brg akan naik..makanan la, pengangkutan awam la..mcm2..yg xder kaitan ngan minyak pon naik, cthnya smlm pariking kat KL pon naik..hehe..dunia2..kos sara idup meningkat..

G’ment wat comparison ngan negara2 luar yg lain, spt indon, s’pore, thai..tak pulak compare ngan arab saudi, Venezuela, Brunei dan lain2 negera pengeluar minyak..ada je alas an diorg..ntah la sapa btl sapa salah..bkn apa, the question is m’sia pengeluar minyak, jd sepatutnya bile harga minyak dunia naik, Negara akan dpt keuntungan..tp skrg rakyat yg sederhana rasa terbeban..yg miskin apatah lg..

Lg satu, nk wat comparison ngan s’pore, tgk la dulu purata gaji diorg seorg..tak main la RM2000@RM3000 sbln..harga minyka tinggi, gaji diorg pun tinggi..gua ada baca rakyat m’sia yg duduk kat Australia tulis yg minyak diorg kat sana pun mahal, tp gaji cleaner je pon cecah AUD2,000..itu dlm dolar dirg..tukar kat m’sia compared ngan kakitangan kerajaan yg gred 41 tgk!!!??huh, lagi tinggi gaji cleaner kat sana..mmg tak adil wat comparison mcm tu, tp hakikatnya kerajaan pun buat perbandingan mcm tu..

Well, gua pun tak tau pasal ekonomi2 ni..tp secara logiknya mcm tu..tp gua tak salahkan kerajaan 100%..dalang semua ni pun US yg jahat punya angkara..manipulasi harga minyak dan wat spekulasi bkn2, tak pasal2 org gelabah…yg menderita org susah..stakat yg aku tau dh cecah USD150 setong..bleh cecah USD200 dlm tahun ni..alamatnya, jalan kaki la semua org…

Itu baru crite pasal minyak, byk lg hal2 lain yg berlaku..pasal kes hakim2 kene ugut, pasal euro 2008..tu gua tak sentuh lagi..hehe..takpe, gua pun dh tak lama chambering, tinggal 2-3 bln jer lg..masa skang ni berlalu dgn amat pastas..ok, nnt gua bukak criter euro dan bolasepak..EPL pon dh hangat ngan season baru..adios amigos..stay cool..