Time ni petang jumaat,24/7/2009,jam 3.30pm.Umur gua sekarang dah 26 tahun,dah dewasa,dah pemuda/belia.Dah nak nikah pun.Terbaca pula coretan kawan-kawan di Facebook tentang masa silam.Aku terdetik untuk mengimbau kenangan dahulu kala.
Zaman itu,mana ada facebook,malahan komputer dan internet pun belum ada dalam kamus hidup aku.Buangkan jauh-jauh segala kemodenan hidup yang ada sekarang.Huh,life is so simple,for me.Bangun pagi,pergi sekolah.Balik sekolah,pergi kelas mengaji petang.Habis mengaji main bola,rounders,dan macam-macam lagi permainan kanak-kanak.Cukup simple.Bila hari jumaat petang,aku akan menyusup hutan di belakang rumah untuk melantik burung.Kadang-kadang aku ke sungai pahang mengail ikan,udang atau suka-suka untuk mandi.It was fun.Being a kampung boy, i feel so relax.Ada juga masa yang kering,panas,aku akan main wau,layang-layang.Sungguh seronok.Musim tengkujuh,banjir akan melanda.Masa itu lagi seronok.Baju aku takkan kering sepanjang hari.Lemas ketika main air dah biasa.Masa itu juga ajar aku jadi kreatif,buat rakit sendiri.Umur sekitar masih di sekolah rendah,memang best.
Budak-budak zaman sekarang?Mungkin rugi,ada yang dah tak dapat merasai itu semua.Mungkin corak keseronokan yang dinikmati sekarang sudah berbeza.PS,PSP,internet,komputer dan macam-macam lagi gajet yang ada mengakis sikap berusaha,fizikal dan mental.Mengajar erti kemalasan pada mereka.Gua bukan anti kemodenan,tapi itulah hakikat yang sebenarnya.
I miss my past.But,hidup kena terus.Masa takkan kembali.
KALENDER
Friday, July 24, 2009
Thursday, July 16, 2009
back to the past
sekali sekala merenung masa silam adalah baik untuk menilai diri kita.siapa kita,mana asal kita, serta apa yang sudah kita lakukan.kerana kita selalu lupa diri kalau sentiasa mendongak masa hadapan.muslim yang baik adalah muslim yang tidak angkuh dengan kehidupan,tidak sombong sesama makhluk dan sentiasa tunduk pada Maha Pencipta,sebab mereka tahu kehidupan mereka hanya sementara,tidak kekal abadi dan kesenangan dan kesulitan hanyalah ujian.
Wednesday, July 1, 2009
27/06/2009
Subscribe to:
Posts (Atom)