KALENDER

Wednesday, April 30, 2008

where are we going??



tolong la tanya pada diri, apa yang kita mahukan dalam hidup?ke manakah arah tujuan hidup kita?

aku nak membawa satu soalan yang sering kita terlupa atau tak tahu jawapannya.orang yang berjaya seringkali tahu apa yang dilakukan.orang yang sederhana membiarkan hidup berputaran seperti sediakala.hari adalah untuk hari ini, dan esok adalah esok.apabila bosan, ubahlah sedikit gaya hidup, tetapi tetap tidak bermakna.orang yang sedar akan terasa bahawa singkatnya usia kita hidup di dunia ini.

aku pun sudah meningkat usia, dan aku juga tidak sedar apa yang aku mahukan dalam hidup aku..

Tuesday, April 22, 2008

Bersama Dr Haron Din: al-Quran terpelihara sehingga kiamat

SOALAN: Apakah al-Quran hari ini tidak pernah dipinda, diubah atau ditokok tambah seperti pada kitab-kitab Taurah dan Injil. Harap Dato' dapat jelaskan. - SULAIMAN ABU BAKAR, Kota Damansara, Selangor.-->-->
JAWAPAN:Kitab-kitab Allah disebut sebagai 'wahyu Ilahi' diturunkan kepada manusia berdasarkan keperluan dan kehendak semasa pada zaman yang berlainan dalam masyarakat yang berlainan.
Cara turun ayat-ayat Allah itu pun berbeza. Kepada Nabi Musa a.s. Allah turunkan at-Taurah sekali gus, tertulis di papan-papan atau di batu-batu yang dinamakan 'al-waah' di Thursina.
Sedangkan al-Quran diturunkan sedikit demi sedikit melalui perantaraan Jibril a.s. dalam jangka masa kira-kira 23 tahun.
Dalam kitab-kitab terdahulu, tidak terdapat suatu ayat yang jelas, Allah menjamin bahawa wahyu-wahyu itu tidak diubah atau dipinda oleh manusia.
Tidak seperti al-Quran, yang jelas nyata Allah menyebut (mafhumnya): “Sesungguhnya hanya Kami yang menurunkan al-Quran dan Kami-lah yang akan memeliharannya." (Surah al-Hijr, ayat 9)
Dalam Tafsir al-Qurtubi, juzuk 10 halaman empat, ketika membuat tafsiran ayat ini, beliau menyebut, bahawa ungkapan "Kami-lah yang kan memeliharannya", bermaksud Allah memeliharan al-Quran daripada sebarang penambahan dan mengawalnya daripada sebarang pengurangan.
Berkata Qatadah dan Tsabit al-Banaani, Allah SWT menjaga al-Quran daripada diubah ditambah atau dipinda oleh manusia mahupun syaitan.
Ada kisah percubaan manusia yang dirasuk atau dipengaruh oleh syaitan serta nafsu jahat mereka untuk mengubah perkataan al-Quranul Karim atau mengubah hukumnya memang pernah berlaku.
Salah satu peristiwa itu, berlaku pada zaman Khalifah al-Makmun (Abdullah bin Harun ar-Rashid, 170H - 218H, Khalifah Abbasiyah).
Menurut cerita yang disampaikan oleh Al-Husain bin Fahmi katanya, dia mendengar Yahya bin Akthum menceritakan, Khalifah al-Makmun menganjurkan majlis-majlis ilmu yang berbentuk munazarah (perdebatan) yang dihadiri ramai ulama tersohor dan orang ramai.
Antara yang hadir adalah seorang Yahudi yang zahirnya sopan, berpakaian kemas mengambil bahagian dengan memberi pandangan tidak menerima Islam, tetapi bertutur dengan bahasa indah dan teratur sehingga menarik perhatian Khalifah.
Selesai majlis pada malam itu al-Makmun memanggil Yahudi tersebut dan mendakwahkannya agar dia menerima Islam.
Bagaimanapun Yahudi tersebut menolak dengan sopan seraya berkata, "Agamaku adalah agama datuk nenekku, agama Yahudi yang tidak ada gantian dengan yang lain."
Selepas setahun kemudian, dia muncul sekali lagi, tetapi kali ini pakaiannya berubah rupa, tutur katanya berbeza dan dia menyokong Islam dengan penuh semangat dan berisi.
Selesai majlis, al-Makmun sekali lagi menjemput lelaki Yahudi tersebut dan bertanya khabar hal beliau. Kata lelaki itu, dia telah memeluk Islam.
Al-Makmun begitu ingin mengetahui bagaimana lelaki tersebut boleh berubah daripada Yahudi yang taksub dengan agamanya kepada menerima Islam.
Jawab Yahudi tersebut berkata, "Dahulu saya menolak Islam kerana saya belum mengenalinya, setelah mengkaji, mendengar dan berbahas, akhirnya saya menemui dengan kebenaran."
Sambung Yahudi itu, "Saya seorang penulis khat yang mahir dan cantik, kerja saya menulis Kitab Injil dengan merubah dan memindah isi kandungannya sesuka hati saya dan menjualnya kepada pendita-pendita agama dan orang awam.
"Saya lakukan sedemikian kepada Kitab Taurah. Kitab-kitab yang dipinda tersebut dibeli oleh rahib-rahib dan orang awam tanpa sebarang keraguan atau masalah.
"Apabila saya memulakan kerja untuk menukar serta menambah daripada al-Quran, saya berjaya menulis tiga naskhah dan saya jual kepada Warraqeen, kedai kitab biasa, tuan punya kedai tersebut bersetuju untuk membeli pada mulanya.
"Tetapi apabila dibuka beberapa lembar, dia bukan sahaja tidak mahu membelinya, malah mencampakkannya keluar dari kedainya. Kerana katanya, ini bukan al-Quran, ini telah berlaku penambahan dan pengurangan.
"Saya berbuat demikian kepada tiga kedai kitab yang berbeza. Ketika ketiga pemilik kedai memberikan respons yang sama.
"Dengan peristiwa itu, terbukalah hati saya dan saya mengetahui bahawa az-Zabur, at-Taurah dan al-Injil yang ada bukan lagi Kitab Allah. Tidak seperti al-Quran, ia tulen dan dipelihara Tuannya (Allah).
"Saya bertemu dengan ayat di dalamnya, Surah al-Hijr ayat 9. Kerana itulah saya yakin dengan al-Quran dan saya memeluknya," jelas Yahudi tersebut.
Bukan sahaja peristiwa itu, malah berlaku percubaan ada manusia cuba meminda al-Quran, namun al-Quran yang diubah dikumpul dan dimusnahkan seperti al-Quran yang pernah dicetak di Soviet Union (Rusia) suatu ketika dahulu.
Pernah berlaku di Malaysia tahun 1960-an, pegawai Masjid Negara mendapati ada al-Quran yang dipalsukan. Lalu dikumpul dan dimusnahkan.
Tidak seperti kitab-kitab lain, diubah dan dipinda oleh penulis-penulisnya yang menggunakan cara masing-masing, menulis kitab itu berdasarkan akal manusia, maka berlakulah kelainan.
Al-Qurannul Karim, datang daripada Allah SWT, dipelihara-Nya sampai ke Hari Kiamat. Wallahu a'lam.

Kisah Dari Tanah Suci: Mendengar suara ghaib membaca al-Quran di sisi Kaabah

Ahmad dapat menunaikan haji selepas bertahun-tahun bersusah payah menabung dalam Tabung Haji. Sewaktu di Makkah, sedang Ahmad beribadat di depan Kaabah, tiba-tiba dia mendengar suara orang membaca kitab suci al-Quran, dengan suara merdu di situ. -->-->
Ahmad tercengang kerana ada suara sedangkan pembacanya tidak kelihatan. Dia berfikir, mungkin yang membaca itu malaikat suruhan dan utusan Allah untuk memberkati Baitullah dan Masjidilharam.
Selepas tamat musim haji, Ahmad menuju ke kota suci Madinah al-Munawwarah bersama-sama jemaah haji sekumpulan dengannya.
Di Masjid Nabawi dia berpeluang bersolat fardu berjemaah, solat sunat, berzikir dan berdoa, untuk kesejahteraan hidupnya di dunia dan di akhirat. Ahmad suka bersedekah kepada orang yang memerlukannya.
Pada suatu malam, kira-kira jam 11.00, sedang dia beribadat di dalam Masjid Nabawi, tiba-tiba datang seorang lelaki Arab kacak dengan wajahnya bersih nian, memberikan isyarat jari telunjuk kepada Ahmad.
Lantas Ahmad terlintas di dalam hati untuk memberikan sedekah kepada Arab tadi. Tiada wang kecil dalam koceknya, kecuali sekeping wang kertas 100 Rial (kira-kira RM100).
Tanpa berfikir, terus saja diberikannya kepada Arab tadi. Apabila dia menoleh ke belakang, lelaki Arab tadi telah ghaib daripada pandangannya.
Mungkinkah lelaki Arab itu malaikat Allah, yang berpura-pura memohon sedekah, untuk menguji ketulusan dan kemurahan hati seorang hamba Allah, apakah dia bersyukur atau kufur dengan segala limpah rezeki dan nikmat-Nya, demikian fikir Ahmad

di sini bermula

Salam kepada semua.Indahnya dunia hari ini, cantiknya pemandangan pada mata, ada Pencipta.Kita selalu lupa bahawa tempat yang kita huni ini adalah pinjaman semata-mata.Bila tiba masanya kelak, kita akan "diusir".Setiap hari kita dihidangkan berita tentang kematian, sama ada mati kerana penyakit ataupun peperangan, hakikatnya adalah kematian.Amalan sudah tiada lagi, apa yang tinggal adalah amalan-amalan semasa hidup.Fikirkanlah maut selalu kerana itu adalah lebih baik.