KALENDER

Friday, July 24, 2009

sesekali gua teringat..

Time ni petang jumaat,24/7/2009,jam 3.30pm.Umur gua sekarang dah 26 tahun,dah dewasa,dah pemuda/belia.Dah nak nikah pun.Terbaca pula coretan kawan-kawan di Facebook tentang masa silam.Aku terdetik untuk mengimbau kenangan dahulu kala.

Zaman itu,mana ada facebook,malahan komputer dan internet pun belum ada dalam kamus hidup aku.Buangkan jauh-jauh segala kemodenan hidup yang ada sekarang.Huh,life is so simple,for me.Bangun pagi,pergi sekolah.Balik sekolah,pergi kelas mengaji petang.Habis mengaji main bola,rounders,dan macam-macam lagi permainan kanak-kanak.Cukup simple.Bila hari jumaat petang,aku akan menyusup hutan di belakang rumah untuk melantik burung.Kadang-kadang aku ke sungai pahang mengail ikan,udang atau suka-suka untuk mandi.It was fun.Being a kampung boy, i feel so relax.Ada juga masa yang kering,panas,aku akan main wau,layang-layang.Sungguh seronok.Musim tengkujuh,banjir akan melanda.Masa itu lagi seronok.Baju aku takkan kering sepanjang hari.Lemas ketika main air dah biasa.Masa itu juga ajar aku jadi kreatif,buat rakit sendiri.Umur sekitar masih di sekolah rendah,memang best.

Budak-budak zaman sekarang?Mungkin rugi,ada yang dah tak dapat merasai itu semua.Mungkin corak keseronokan yang dinikmati sekarang sudah berbeza.PS,PSP,internet,komputer dan macam-macam lagi gajet yang ada mengakis sikap berusaha,fizikal dan mental.Mengajar erti kemalasan pada mereka.Gua bukan anti kemodenan,tapi itulah hakikat yang sebenarnya.

I miss my past.But,hidup kena terus.Masa takkan kembali.

1 comment:

Tukang Cerita said...

btol2.. budak skrg duk main PS2 je..

zaman kita, dua - dua dpt main... PS2 dapat main, konda kondi pun main..