KALENDER

Wednesday, July 16, 2008

debat anwar vs shabery


amalan demokrasi subur..mlm tadi berlangsung satu debat yg telah di nanti sejak sekian lama.semua org tertunggu-tunggu..apakah isi2 debat yg dilontarkan oleh kedua pihak, Datuk Shabery Chik(kerajaan) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (pembangkang).rakyat dpt menilai siapa yg mampu dan siapa yg tidak.gua punya komen, jauh lagi la nk bandingkan Shabery Chick ngan DSAI..pagi ni aku baca byk komen..dlm paper berita harian, antara komen2 adalah kegagalan DSAI memberikan mekanisme yg mampan utk turunkan harga minyak..lain2 komen, kegagalan DSAI memberikan fakta2 tepat dan tak kurang juga kata hanya retorik DSAI dan janji politik..utk side kerajaan pulak, pembahas tak abes2 serang peribadi DSAI..sejarah DSAI dll..DSAI ambik keputusan tidak mahu menyerang peribadi Datuk Shabery..yela, nama pun debat pasal minyak..aku dgr2 rule debat pun x benarkan menyerang peribadi pembahas..byk jugak DSAI kena ngan mamat menteri tuh..nk backing kerajaan, dalam masa yg sama kutuk DSAI..hehe..dh tak bleh berhujah ke?benda2 basic mcm ni org bleh nampak..nama pun platform nk berdebat, debat la topic2 yg dia bg..

tapi tu la, jauh lagi la nk bandingkan mamat menteri tu ngan DSAI..tak kene la..tp so far, debat smlm agak menarik.. rasa2nya, gua yakin lu org pun suka tgk..haha..mcm mana nk tgk pemimpin kan..takkan la nk yg asik mengampu je..sume btl, org lain salah..haha..k la, bwh ni gua selitkan coretan DSAI utk korg nilai sendiri..adios..


"Saya ucap syabas kepada Agenda Daily kerana berjaya menganjurkan debat hari ini, juga sekalung penghargaan buat saudara Datuk Johan Jaafar selaku moderator serta Datuk Ahmad Shabery Cheek. Tidak lupa juga ucapan tahniah buat pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana kesediaan menyediakan ruang untuk perdebatan tadi.
Saya terkejut tatkala tiba di bangunan DBP kerana terdapat polis dan pasukan pencegah rusuhan. Saya sedikit hiba melihat mereka terpaksa bertugas sehingga lewat malam demi menutup pembohongan yang dicipta oleh para penguasa yang rakus dan tamak.
Debat tetap berlangsung pada ketika saya mungkin ditahan oleh pihak polis bila-bila masa sahaja. Sudah tentu saya merasakan tekanan yang berat akan tetapi ini adalah peluang terbaik bagi saya untuk menyampaikan mesej kepada rakyat Malaysia bahawa adalah tidak mustahil untuk menurunkan harga minyak!
Mekanisme yang kita tawarkan ternyata bukanlah satu yang mustahil sebenarnya:
1. Untuk menurunkan harga petrol sebanyak 50 sen kita hanya memerlukan tambahan RM5 bilion sahaja keatas subsidi yang telahpun diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini.
2. Kita mempunyai maklumat bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai “excess capacity” yang melebihi 1000 MW. Ini adalah bekalan simpanan yang tidak digunakan. Ia boleh kita turunkan dan akan menjimatkan kos kepada TNB dan juga mengurangkan penggunaan bahan bakar untuk menjana elektrik. Penjimatan kos TNB ini memungkinkan kita menyemak kembali tarif elektrik. Pengurangan penggunaan bahan bakar pula membolehkan kita menyalurkan subsidi bahan bakar yang diperuntukkan untuk syarikat penjana kuasa bebas (IPP) bagi menjana tenaga elektrik kepada subsidi minyak untuk rakyat jelata.
3. Pembanterasan korupsi dan rasuah juga memastikan tiada lagi ketirisan berlaku. (Morgan Stanley menunjukkan RM330 bilion (USD90 bilion) telah lesap kerana amalan rasuah yang berleluasa.
Pendirian Pakatan Rakyat adalah jelas iaitu sebuah kerajaan yang bertanggungjawab adalah sebuah kerajaan yang cuba sedaya upaya untuk meringankan beban rakyat seluruhnya. Negara kita berhadapan dengan kadar inflasi yang tinggi akibat kenaikan harga minyak secara mendadak. Ini menyebabkan pertumbuhan ekonomi merencat sekaligus menyusahkan rakyat kerana harga barang seperti gula, tepung, minyak masak dan beras naik.
Oleh itu kita berpendapat sangat penting untuk menurunkan harga minyak agar tidak membebankan rakyat terbanyak. Pendirian kita jelas iaitu korupsi harus diperangi, ketelusan harus menjadi amalan dan ketirisan wajib segera dibaiki!"

ANWAR IBRAHIM

No comments: